Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Fakta disebalik BLACKPINK

Imej
BLACKPINK ialah gabungan Black(Hitam)+Pink(Merah jambu), bukan hanya sekadar penyatuan dua warna tetapi juga mempunyai maksud yang lebih mendalam dimana perbezaan dua warna yang ketara, menggambarkan kecantikan bukanlah segala-galanya tetapi pada masa yang sama melambangkan bakat mereka. BLACKPINK mempunyai subscribers terbanyak di Youtube iaitu sebanyak 19 juta. Mereka mengalahkan Kumpulan 'Fifty Harmony' dan juga "Little Mis" di peringkat antarabangsa malah Muzik video mereka "Ddu-du-ddu-du' memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop "boy band' BTS dengan memperolehi 674.4juta tontonan setakat 21 Februari 2019. Peminat BLACKPINK dikenali sabagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya, dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokongan mereka yang berterusan. Turut mempunyai rancangan realiti mereka sendiri yang bertajuk 'BLACKPINK House' 12 episod semasa percutian

Tafsiran cantik bagi setiap orang

Imej
Tafsiran cantik bagi setiap orang adalah berbeza kerana semua terpulang dengan pandangan setiap individu. Cantik boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu kecantikkan semulajadi dan kecantikan kosmetik. Pada umumnya kecantikan semula jadi adalah kecantikan yang tidak memerlukan biaya yang mahal untuk kelihatan cantik. Kecantikan semulajadi adalah kecantikan azali yang tidak memerlukan sebarang perubahan yang drastik dan ianya adalah penerimaan seadanya ciptaan Tuhan.  Namun, terdapat segelintir yang merasakan ciptaan Tuhan belum cukup sempurna sehingga mereka mengubahnya. Kecantikan kosmetik semestinya memerlukan kos yang tinggi dan biasanya individu tersebut memilih perubahan yang dilakukan sehingga mereka berasa puas dan bahagia. Terdapat beberapa kecantikan kosmetik yang dianggap tidak munasabah. 1.Bibir terbesar Gadis bernama Andrea Ivanova berasal dari Bulgaria berusia 22 tahun telah memulakan sutikan bibir sejak tahun 2018 dengan obsessinya untuk menandingi bibir Kyle Jenner. And

Maksud disebalik kain Pua Kumbu dalam masyarakat Iban

Imej
Dayak Iban@Sea Dayak adalah bangsa tertua di Sarawak Borneo dan juga dipercayai tertua di Asia Tenggara. Ini berdasarkan bukti penemuan tengkorak purba di Gua Niah Sarawak yang disahkan mirip dan sama dengan DNA tengkorak Iban yang berusia 40,000-65,000 tahun SM yang diambil dari perkuburan Iban lama di sebuah rumah panjang Iban.  Panggilan Sea Dayak kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 - 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat dalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai 'Vikings of Eastern Sea' dan 'King of Sea Borneo' Kebanyakkan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu dari koleksi barangan yang menjadi kebanggaan mas

Penderaan Kanak-kanak versi 1

Imej
Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya  1.  Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 di tempat

Maksud Perayaan Hantu Lapar

Imej
Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Yu Lan (Mandarin) dan Phor Thor (Hokkien) telah disambut setiap tahun selama 135 tahun. Perayaan Hantu Lapar mengikut kalendar cina, bermula 19 ogos sehingga 2 September setiap tahun. Pada bulan tersebut, pintu neraka akan dibuka dan hantu lapar akan berkeliaran di dunia manusia. Manusia akan dicederakan jika menyinggung perasaan hantu. Oleh itu, masyarakat Cina akan memberi 'persembahan' kepada roh-roh yang telah meninggal di tepi jalan sebagai tanda hormat kepada hantu. Selain colok, wang kertas olok-olok dan  makanan, persembahan Opera Cina juda turut diadakan.   Sepanjang Perayaan Hantu Lapar diadakan terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan menyinggung perasaan hantu kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, hantu akan cuba membawa seseorang untuk pergi ke neraka bersama-sama pada hari tersebut. Tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam kerana ia akan menarik perhatian hantu lapar kepada a

Punca Ketegangan Israel-Palestine

Imej
Israel-Palestin   Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa hari terakhir Ramadan akibat konflik yang meningkat di Baitulmaqdis Timur antara penunjuk perasaan Palestine dan pasukan polis Israel. Secara umumnya ketegangan antara Israel dan Palestin telah bermula sejak sekian lama dan seolah-olah tiada penghujungnya.  Terdapat beberapa fakta -fakta sejarah yang harus kita kaji dan membuka minda untuk lebih terbuka dalam membuat sebarang penilaian. BAITULMAQDIS TIMUR kota rebutan Baitulmaqdis@Baitulmuqaddis@Aelia Capitolina@Yerusalem ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Memainkan peranan penting bagi Agama Kristian, Agama Yahudi dan Agama Islam. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Agama Yahudi dan merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam. Merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Muhammad masih hidup. Sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kur

Peluang mendapatkan anak melalui rawatan IVF

Imej
Persenyawaan Tabung Uji @ In Vitro Fertilizer (IVF)   merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Telur yang telah disenyawakan kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan maklamat kehamilan. IVF merupakan rawatan teknologi yang digunakan untuk merawat kemandulan apabila kaedah semulajadi tidak berkesan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Ada juga pasangan yang melakukan rawatan IVF untuk mendapat anak kembar atau juga supaya mereka dapat memilih jantina bayi yang ingin dilahirkan. Walaupun bagaimanapun tidak semua rawatan IVF akan berjaya kerana ianya bergantung kepada beberapa sebab antaranya ialah tahap kesihatan, usia dan guna pemilihan tempat untuk mendapatkan rawatan. Bayi tabung uji pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada tahun 1978. rawatan IVF Rawatan IVF telah membantu banyak pasangan diseluruh dunia yang mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Walaupun kosnya mahal tapi terdapat pasangan yang sanggup mengeluarkan wang mendapa

Permohonan Mykad kanak- kanak 12 tahun secara dalam talian

Imej
KadPengenalan Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berumur 12 tahun boleh dilakukan secara dalam talian .  Mengikut Peraturan 3. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan berdaftar Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Syarat Permohonan Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur Ibu atau Bapa; atau Penjaga (Penjaga adalah datuk / nenek / ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun) Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap. (Tidak perlu jika sudah mengisi borang permohonan secara dalam talian). Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukan surat akuan berkanun dan surat pengesah

Vaksin Covid-19 percuma untuk penduduk Sarawak

Imej
Vaksin Percuma untuk penduduk Sarawak Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma bagi penduduk Sarawak boleh dibuat menerusi applikasi My Sejahtera di telepon bimbit masing-masing. Sarawak melaksanakan sistem vaksinasi mengikut acuan sendiri bagi mengelak rakyat Sarawak terutamanya di pendalaman terlepas daripada menerima suntikan vaksin. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi hospital, klinik dan pejabat daerah terdekat berhubung pendaftaran vaksin COVID-19. Bagi penduduk luar bandar yang inginkan penjelasan lanjut, mereka boleh berjumpa dengan ketua masyarakat di tempat masing-masing. Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri serta menghentikan atau mengendalikan penyebaran jangkitan. Ini secara lansung dapat melindungi keluarga dan masyarakat terutama golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin. Seterusnya membolehkan kita memulakan aktiviti ekonomi untuk menja

Kenyalang Gold Card Khas untuk warga emas Sarawak

Imej
Sample Kenyalang Gold Card Kenyalang Gold Card (KGC)  merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan, Pihak swasta dan Pusat Komersial yang menjadi rakan strategik KGC. Memaklumkam kepada semua bahawa Kerajaan Sarawak adalah sebuah Kerajaan yang penyayang dan prihatin disamping mewujudkan masyarakat penyayang dan menyumbangkan balik kepada masyarakat. Inisiatif ditawarkan untuk warga emas yang berumur 60 tahun   dan keatas  (takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna ) .  Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan "Kenyalang Gold Gold" setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permoho

11 Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Program Jaringan Prihatin

Imej
BELANJAWAN 2021 MEMPERKENALKAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN Melalui program Jaringan Prihatin, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telepon atau kredit telco. Selain itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan skim ini ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 5 Mei 2021- 31 Julai 2021 untuk menerima tawaran ini. Tujuan Memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet  Meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya keluarga dengan anak bersekolah yang memerlukan peranti dan sambungan internet untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Merapatkan jurang digital Menyokong agenda pendigitalan negara Semak kelayakan dan ikuti langkah berikut Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) tekan link https://bpr.hasil.gov.my/ Syarikat Telekomusikasi yang terlibat Pelbagai syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia bekerjas

Program Jaringan Prihatin rebate sebanyak RM300 dari Kerajaan Malaysia

Imej
Jaringan Prihatin Digi - Jom tebus rebate sebanyak Rm300 jika anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat. Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia di mana Digi adalah penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang mengambil bahagian. Pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 5 Mei 2021 - 31 Julai 2021 untuk menerima tawaran ini.  Syarat Kelayakkan Mesti memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh Digi. Digi’s general terms and conditions Pemohon adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh permohonan pastikan pelanggan memberikan segala maklumat yang benar. Nama  Nombor KadPengenalan Nombor Telepon yang didaftarkan Kempen yang dipilih Permohonan akan dibatal secara automatik  jika tidak memenuhi kriteria yang  telah ditetapkan. Penyertaan akan dibatalkan apabila tamat tempoh setahun seperti yang telah ditetapkan  Permohonan tidak akan dilayan selepas

Lelaki berhati malaikat-Mohamed Bzeek

Imej
 Seorang lelaki Muslim berasal dari Libya, Mohamed Bzeek telah berhijrah ke California, USA. Di sana  beliau ingat akan menemui sebuah kehidupan yang sempurna namun sebaliknya. Apa yang di temui hanyalah pergolakkan hidup, rumahtangga berantakkan, ibu bapa yang pemabuk dan penagih. Sehingga mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. kanak-kanak terbiar malah terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang serius di biarkan bersendirian di Hospital. Semua berpunca dari keengganan ibu bapa memikul tanggungjawab untuk menjaga anak mereka. Apatah lagi kanak-kanak yang sakit memerlukan pembiayaan yang tinggi untuk perubatan. Sehingga ada segilintir ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kanak-kanak tersebut. Mohamed Bzeek Dengan rasa simpati dan tanggungjawab yang timbul Mohamed Bzeek telah mengambil mereka dari rumah sakit. Mohamed Bzeek menyediakan keperluan seharian mereka ,menyediakan alatan perubatan bahkan merawat mereka seperti anakn

Pokok halau nyamuk yang sesuai ditanam di dalam rumah

Imej
  NYAMUK merupakan musuh manusia. Menurut WHO , nyamuk merupakan makhluk paling berbahaya kepada manusia. Nyamuk membunuh lebih kurang 1 juta manusia satahun iaitu lebih banyak berbanding manusia yang membunuh manusia lain. Antara penyakit bawaan nyamuk ialah Deman Malaria, Demam Denggi, Virus Barat Nil dan banyak lagi. Untuk menghalau nyamuk berada dekat dengan manusia, terdapat beberapa produk alternatif yang berpontensi menghalau  nyamuk dihasilkan namun, kadangkala produk terdebut boleh mengundang kepada penyakit lain. Selain produk alternatif, pernahkah kalian terfikir bahawa tumbuhan semulajadi juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari tempat kediaman.  Terdapat dua jenis tumbuhan bersaiz kecil yang dipercayai boleh menghalau nyamuk berkampung di tempat kediaman. Tumbuhan ini boleh ditanam dalam pasu dan disimpan di dalam ruangan rumah,  bilik, pejabat atau luar rumah. Selain menghalau nyamuk dan serangga pokoknya juga sesuai dijadikan perhiasan kerana  saiznya yang keci