Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2021

Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Pintu ke Neraka Derweze Derweze bererti pintu gerbang dalam bahasa Turkmen, sehingga penduduk setempat menggelar kawah yang terbakar "Pintu Ke Neraka". Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260km ke utara Ashgabat. Bawah tanah Derweze kaya dengan gas asli. Pada tahun1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa lubang bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelatar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar 70meter (230kaki) dan kedalaman 2