Ubun-ubun menentukan tahap kesihatan bayi
Ubun-ubun atau fontanelle adalah celah lembut antara tengkorak bayi. Ia terbentuk apabila tulang kepala bayi masih lembut dan dalam proses untuk bercantum.Tengkorak yang lembut dan tidak bercantum sepenuhnya dapat membantu memberi ruang agar kepala bayi lebih fleksibel agar dapat melalui salur kelahiran dengan mudah. Selain itu ubun-ubun juga memberi ruang kepada otak bayi untuk berkembang dengan pesat, terutama dalam 2 tahun pertamanya. Seiring waktu ubun-ubun akan menutup dengan sendirinya, sehingga tulang tengkorak terbentuk sepenuhnya. Ibu bapa yang pertama kali mendukung bayi mungkin akan berasa takut untuk memegang bayi, apatah lagi merasa ubun-ubun bayi namun tidak perlu risau kerana bayi tidak akan berasa sakit apabila anda menyentuh ubun-ubunnya selagi anda sentuh dengan lembut dan berhati-hati. Sentuhan boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan bayi. Pada dasarnya kebanyakkan orang berfikir bahawa kepala bayi cuma