Ubun-ubun menentukan tahap kesihatan bayi
Selain itu ubun-ubun juga memberi ruang kepada otak bayi untuk berkembang dengan pesat, terutama dalam 2 tahun pertamanya. Seiring waktu ubun-ubun akan menutup dengan sendirinya, sehingga tulang tengkorak terbentuk sepenuhnya.
Ibu bapa yang pertama kali mendukung bayi mungkin akan berasa takut untuk memegang bayi, apatah lagi merasa ubun-ubun bayi namun tidak perlu risau kerana bayi tidak akan berasa sakit apabila anda menyentuh ubun-ubunnya selagi anda sentuh dengan lembut dan berhati-hati. Sentuhan boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan bayi.
Pada dasarnya kebanyakkan orang berfikir bahawa kepala bayi cuma mempunyai satu ubun-ubun sahaja namun fakta sebenarnya ialah bayi mempunyai enam ubun-ubun iaitu.
1. Fontanelle anterior
- Terletak diatas kepala berdekatan dengan dahi bayi.
- Mempunyai saiz lebih besar dan mudah dilihat.
- Lebih lambat tertutup, iaitu sekitar usia bayi 18 bulan -2 tahun.
- Terletak dibahagian belakang kepala bayi.
- Mempunyai bentuk segitiga dan hanya akan dapat merasakannya apabila anda meraba kepala bayi dengan teliti.
- Biasanya akan tertutup seawal 6 minggu selepas kelahiran bayi.
3. Fontanelle sphenoid
- Bayi mempunyai dua fontanelle sphenoid iaitu terletak di setiap sisi kepala.
- Biasanya akan tertutup bila bayi berusia 6 bulan.
4. Fontanelle mastoid
- Kedudukannya hampir sama dengan fontanelle sphenoid dan akan menutup apabila bayi berusia 6-18 bulan.
Sebenarnya ubun-ubun ini boleh memberi petanda kepada tahap kesihatan bayi. Ubun-ubun yang normal boleh dilihat jika bayi menangis mungkin akan menampakkan rupabentuk ubun-ubun yang sedikit timbul namun akan kembali ke bentuk asal apabila bayi bertenang. Ubun-ubun juga selalu akan berdenyut sepertimana detak jantung bayi kerana adanya pembuluh darah yang berdenyut pada bahagian kepala bayi.
Namun beberapa perkara perlu diberi perhatian jika terlihat perubahan tidak normal walaupun bayi dalam keadaan biasa. Segera bawa bayi anda ke doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan susulan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
1. Ubun-ubun tenggelam
- Menurut BabyCenter, ubun-ubun yang terlalu tenggelam mungkin menunjukkan bayi mengalami dehidrasi.
- Meningitis (peradangan otak dan jaringan sumsum tulang belakang akibat infeksi virus atau bakteria)
- Ensefalitis (peradangan otak akibat infeksi virus atau bakteria)
- Hidrosefalus (penumpukan cecair di otak kerana kecederaan atau infeksi)
- Ensefalopati hipoksik iskemik (kerusakkan otak yang terjadi saat otak bayi kekurangan oksigen dalam waktu yang lama).
- Boleh dilihat apabila kepala bayi dalam keadaan tegak dan ubun-ubun terlihat timbul.
- Jika ubun-ubun terlalu besar dan tidak tertutup dalam jangka masa yang normal mungkin petanda kondisi tertentu seperti hypothyroidism, sindrom down atau riket (kelainan pertumbuhan tulang akibat kekurangan vitamin D).
- Mengalami achondroplasia (gangguan pertumbuhan tulang yang akan menyebabkan perawatakan kerdil)
- Menimbulkan masalah craniosynostosis (mempengaruhi perkembangan otak apabila bentuk kepala bayi kecil dari normal).
- Operasi akan membantu dalam memperbaiki bentuk tengkorak dan memberi ruang bagi otak bayi untuk berkembang.
Ulasan
Catat Ulasan