cili terpedas didunia cili hantu

Ghost Devil Pepper Chili dalam bahasa melayu "Cili Hantu", nama penuhnya Ghost Pepper Carolina Reaper Trinidad Moruga Scorpion Chili mempunyai banyak nama seperti Bhut Jolokia atau juga dikenali dengan nama Hanabero Chili merupakan cili terpedas di dunia dan sampai sekarang belum ada cili yang dapat menandingi kepedasan cili hantu. Memandangkan "bhut" bermaksud "ghost" dalam bahasa Assam, cili ini dipanggil "ghost pepper" di negara barat. 

Cili hantu merupakan cili hibrid interspesifik yang banyak ditanam di negeri-negeri Timur laut India, Arunanchal, Assam, Nagaland, Manipur dan juga Bangladesh. Cili hantu merupakan kacukan Capsicum Chinese dan Capsicum Frutescens dan berkait rapat dengan Naga Morich Bangladesh. 

Pada tahun 2007 cili hantu memegang rekod World Guinness Records Hottest Pepper in the world dengan tahap kepedasannya ialah 1.5 juta scoville persamaan 2,200,000 SHU (Scoffield Heat Unit), 400 kali ganda pedas dari jalapeno. 

Orang yang mula memperkenalkan cili hantu ialah Ed Currie yang memiliki Syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Utara. Ed telah menggabungkan baka pakistani naga dengan red habanero savina jenis yang berasal dari pulau St.Vincent di barat India untuk menghasilkan cili hantu. Cili hantu juga dipanggil "HP22BNH7"  pepper.

Cili Hantu
Cili ini ialah sebelum masak berwarna hijau, kemudian apabila matang berwarna kuning dan bila sudah masak bertukar warna merah atau coklat. Saiz buah cili hantu ini adalah antara 2-3 in dan mempunyai permukaan yang kasar.

Cili hantu boleh tumbuh dengan ketinggian lebih 4 kaki dan senang tumbuh dengan kadar percambahan melebihi 80% pada suhu 30-35 celcius. Pokok cili berhantu akan mula berbunga selepas 80 hari. Tempoh matang ialah antara 100-120 hari. Cili hantu akan kekal berbuah selama dua tahun.

Anda dinasihati untuk mengendalikan cili ini dengan berhati-hati. Pastikan memakai sarung jari apabila mengendalikan cili hantu, dan jauhkan dari kanak-kanak . Bersihkan peralatan dapur seperti papan pemotong dan pisau dengan sempurna selepas menggunakan untuk mengendalikan cili hantu. Semasa mengisar cili hantu yang kering pastikan pakai pelindung mata dan pernafasan untuk mengelak sesak nafas dan melindungi mata. Cuci tangan dengan sempurna selepas memegang cili hantu. 

Pengambilan yang berlebihan bisa menyebabkan sakit kepala yang melampau kerana arteri di otak mengecil sementara waktu, menyebabkan mengalami "thunderclap headaches". Keadaan dimana sakit kepala yang tiba-tiba dan menyakitkan. Namun sakit akan hilang selepas beberapa hari. Selain sakit kepala pengambilan berlebihan boleh menyebabkan sakit tekak. Dan banyak lagi kesan buruk boleh berlaku seandainya pengambilan cili hantu secara berlebihan. Berwaspadalah jika ingin memakannya kerana cili hantu enak dimakan tetapi jika pengambilan berlebihan rasa enak boleh bertukar menjadi rasa yang menyeksakan. Ambil dalam kadar yang sedikit sudah memadai. 

Elakkan minum air sejuk jika merasa kepedasan yang melampau kerana ianya hanya akan menyebabkan bertambah pedas. Rasa pedas itu sebenarnya diketegorikan sebagai kesakitan kerana capsaicin yang dihasilkan oleh cili menghasilkan sensasi panas terbakar dan air sejuk tidak mampu bertindak balas dengan capsaisin. Seeloknya minum susu kerana susu mengandungi protien casien serta lemak bersifat "tidak-polar" dan ia terbukti melarutkan capsaicin agar tidak terus melekat pada bahagian lidah dan mulut. Jika kulit terasa pedas gunakan garam, alkohol atau susu dan nescaya kesan pedas akan hilang. 

Kini cili hantu banyak menjadi inspirasi kepada peniaga untuk menghasilkan pelbagai jenis produk makan berasaskan cili hantu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki