Baja yang digunakan untuk menyuburkan tanah, melebatkan buah-buahan, mencantikkan bunga-bungaan, dan menyuburkan sayur-sayuran.
Ini adalah antara baja terbaik yang ada dalam pasaran dan antara baja yang menjadi kegemaran ramai pekebun komersial, kenalpasti cara penggunaan dan sukatan yang betul sebelum menggunakannya. Baja ini buka sahaja digunakan untuk tanaman yang berskala besar malah juga untuk tanaman skala kecil seperti tanaman kawasan rumah atau juga tanaman hidroponik.
1. Baja Buah Ecogardenasia sesuai digunakan untuk tanaman cili, terung, limau, nangka madu, pelam, dan banyak lagi. Baja ini buka sahaja melebatkan buah malah mempercepatkan penghasilan buah dan juga mengembalikan pokok buah yang sudah tidak menghasilkan buah. Baja ini digunakan dalam kuantiti yang sikit sahaja dan sangat menjimatkan.
3. Baja Novatec Premium Hanya perlu taburkan seminggu sekali untuk hasil yang terbaik atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Taburkan baja keliling pokok jauh sedikit dari batang. Suburkan daun dan pokok. Banyakkan akar dan besarkan batang pokok. Banyakkan dan besarkan buah. Tingkatkan kadar fotosintesis pokok. Melekatkan bunga jantan dan betina agar tidak banyak gugur. Memaniskan buah dan tingkatkan daya tahan pokok secara semula jadi.
4. Baja Yaramila NPK Antara baja yang terbaik keluaran Norway. Merupakan baja homogen premium untuk menyuburkan tumbuhan lanskap seperti tumbuhan asas , pokok renek, pokok buah dan pokok bunga. Baja untuk mempercepatkan tumbesaran pokok dan tanaman. Selain menjadikan tanaman kuat dan menghijau. Menghijaukan daun. Baja akar pokok supaya subur. Meningkatkan daya tahan tumbuhan dari tekanan dan tahan penyakit selain itu ia juga penting untuk mengawal pengaliran air di dalam tumbuhan.
5. Baja Dolomite Ground Magnesium Limestone/ kapur pertanian (Pherotools Fertilizer) baja organik. *selain tumbuhan baja dolomite juga sangat sesuai untuk ternakan dan perikanan. Kadar PH berasid pada tanah. Untuk jadikan tanah dalam julat neutral. Membekalkan nutrien kalsium dan magnesium kepada tanah. Berperanan untuk membenarkan air memasuki tanah berasid dengan baik. Meningkatkan keluaran tanaman. Meningkatkan aktiviti bakteria dalam tanah. Mencegah serangan anai-anai. Menggalakkan aktiviti cacing. Membunuh phatogen, punca segala jangkitan kulat
6. Epsom Salt/ Magnesium Sulphate/ Magnesium Sulfate Heptahydrate Baja ini sangat sesuai digunakan untuk pokok bunga kerana ia membantu mengatasi bunga dan buah gugur. Selain itu baja ini sangat sesuai untuk tumbuhan seperti tomato, cili, timun kerana semasa pembungaan dan untuk pengeluaran buah kerana tumbuhan ini memerlukan banyak magnesium dan sulfat. Kegunaan baja ini ialah untuk meningkatkan percambahan biji benih. Menambahkan kehijauan tanaman. Tanaman yang kekurangan magnesium boleh dikenal pasti apabila daunnya kekuningan dan kering. Menghasilkan buah yang lebih lazat dan manis. Menguatkan rintangan pada penyakit dan mengelakkan serangan serangga perosak tanaman. Sesuai untuk kaedah hidroponik
9. Baja Hai-O Ezigrow Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang . Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Menghasilkan kualiti dan kuantiti buah yang sangat tinggi.
Berat buah berganda-ganda dan perahan tinggi. Hasil berlipat ganda hingga 70%, daun berkilat bersinar kehijauan, dan kembali meneutralkan tanah selepas tanah digunakan dan mengimbangkan kadar nutrien pada tanah.
Sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti:
- Padi
- tanaman berjangka panjang( cth.kelapa sawit)
- Bunga-bungaan
- Buah-buahan
- Sayur-sayuran
12. Baja Soya Fish Baja ini khas untuk pokok durian. Baja ini menggunakan soya dan ikan yang melalui proses penapaian. Digunakan sebagai sumber protien bahan organik. Kaya dengan sulfur demi keharuman dan bau pekat dan kepahitan durian Baja berdasarkan SOP sesuai untuk klorida sensitif tanaman seperti durian dalam mempertingkatkan kemanisan buah. Diperkaya dengan kalsium dan silica demi pendebungaan dan persenyawaan bunga dan buah serta meningkatkan kualiti buah.
Ulasan
Catat Ulasan