Kenyalang Gold Card Khas untuk warga emas Sarawak

Sample Kenyalang Gold Card
Kenyalang Gold Card (KGC) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan, Pihak swasta dan Pusat Komersial yang menjadi rakan strategik KGC.

Memaklumkam kepada semua bahawa Kerajaan Sarawak adalah sebuah Kerajaan yang penyayang dan prihatin disamping mewujudkan masyarakat penyayang dan menyumbangkan balik kepada masyarakat.

Inisiatif ditawarkan untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas (takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna )

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan "Kenyalang Gold Gold" setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permohonan seramai 199,797 orang warga emas.

Manfaat Kenyalang Gold Card (KGC)

  • Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 diberikan kepada pemegang KGC yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana Jabatan atau Agensi lain.
  • Diskaun / Rebat Barangan keperluan / perkhidmatan
    • Barangan Runcit
    • Pakaian
    • Optikal
    • Penjagaan diri
    • Refleksologi
    • Urut dan SPA
    • Manicure/Pedicure
    • Dandanan rambut
  • Diskaun / Rebat Pengangkutan Awam
    • Penggunaan bas express
  • Diskaun / Rebat Bidang kesihatan
    • Perubatan dan pemulihan
Syarat kelayakan Kenyalang Gold Card (KGC)
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus "K"
  • Berstatus residen tetap (Permenant Resident) Sarawak; dan
  • Berusia 60 tahun dan keatas pada atau 1 Januari 2020

Borang boleh didapati di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), Pejabat Daerah Kecil selain itu borang boleh dimuat turun daripada laman sesawang JKMNS 👉 https://forms.socoe.co/KWKPK/form/KenyalangGoldCard/formperma/VwWKzZzrxUb86WBYV7h3vbn6O1RMc2Ao0VvuI3RYiKg

Borang yang siap diisi boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Daerah seluruh negeri dan permohonan akan diluluskan dalam tempoh 30 hari.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'