Perkahwinan hantu kepercayaan masyarakat Cina
Perkahwinan Hantu atau dalam bahasa Cina 'Minghun' lazimnya diamalkan oleh masyarakat Cina, Taiwan dan suku terpencil di Sudan. Perkahwinan ini dijalan oleh ahli keluarga untuk anak atau saudara yang meninggal ketika masih bujang atau pasangan kekasih yang telah bertunang tetapi salah seorang atau kedua-dua telah meninggal dunia. Pada awalnya amalan ini hanya melibatkan antara si mati yang telah meninggal namun sesetengah pengamalnya mula mengahwini seseorang yang masih hidup dengan yang sudah mati. Ini kerana sesetengah keluarga percaya si mati yang dikebumikan tanpa pasangan akan menjalani kehidupan alam kematian yang tidak tenteram atau kesepian. Suatu ketika dulu amalan ini amat terkenal namun sekarang amalan ini sudah jarang dilakukan malah upacara ini tidak diterima dalam ajaran Ortodoks Toisme. Malah sudah 70 tahun kerajaan di China telah mengharamkannya sebarang amalan ini. Mengikut adat Perkahwinan Hantu kedua-dua pihak keluarga akan mencari pakar agama 'Dangk