Merungkai misteri setiap persoalan 9 'Warna merah membuat lembu marah'

Merungkai misteri setiap persoalan 9 Warna merah membuat lembu marah' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Warna merah membuat lembu marah

Mungkin kita selalu mendengar bahawa memakai baju warna merah menyebabkan lembu marah terutamanya lembu jantan dan akan mengejar anda. Ini dapat dilihat apabila seorang matador yang sedang beraksi di gelanggang. Mengibar-ngibarkan kain berwarna merah untuk menarik perhatian dan mencabar lembu di gelanggang. Sehingga menyebabkan lembu jantan berlari kearah matador. 

Hakikatnya lembu yang berlari kearah matador ketika mengibar-ngibarkan kain berwarna merah tidak ada kena-mengena dengan kain warna merah. Ini kerana warna apapun tidak akan membuat lembu marah. Lembu adalah adalah sejenis binatang yang buta warna. Penyebab kepada kenapa lembu berlari kearah matador ialah kerana lembu berasa teruja apabila melihat pergerakan kain yang dikibarkan. Lembu akan menyerang apa saja yang mengujakannya.

Jadi anda tidak perlu berasa takut jika kebetulan anda memakai baju berwarna merah dan terserempak dengan lembu jantan kerana anda pasti selamat. Tapi jangan pula anda lari kerana takut nanti anda di kejar lembu. Kerana lembu berasa teruja dengan pergerakkan anda sehingga menyerang anda.

Jangan lupa untuk membaca:



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki