Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 18, 2021

Maksud Perayaan Hantu Lapar

Imej
Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Yu Lan (Mandarin) dan Phor Thor (Hokkien) telah disambut setiap tahun selama 135 tahun. Perayaan Hantu Lapar mengikut kalendar cina, bermula 19 ogos sehingga 2 September setiap tahun. Pada bulan tersebut, pintu neraka akan dibuka dan hantu lapar akan berkeliaran di dunia manusia. Manusia akan dicederakan jika menyinggung perasaan hantu. Oleh itu, masyarakat Cina akan memberi 'persembahan' kepada roh-roh yang telah meninggal di tepi jalan sebagai tanda hormat kepada hantu. Selain colok, wang kertas olok-olok dan  makanan, persembahan Opera Cina juda turut diadakan.   Sepanjang Perayaan Hantu Lapar diadakan terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan menyinggung perasaan hantu kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, hantu akan cuba membawa seseorang untuk pergi ke neraka bersama-sama pada hari tersebut. Tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam kerana ia akan menarik perhatian hantu lapar kepada a