Maksud Perayaan Hantu Lapar

Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Yu Lan (Mandarin) dan Phor Thor (Hokkien) telah disambut setiap tahun selama 135 tahun. Perayaan Hantu Lapar mengikut kalendar cina, bermula 19 ogos sehingga 2 September setiap tahun. Pada bulan tersebut, pintu neraka akan dibuka dan hantu lapar akan berkeliaran di dunia manusia. Manusia akan dicederakan jika menyinggung perasaan hantu. Oleh itu, masyarakat Cina akan memberi 'persembahan' kepada roh-roh yang telah meninggal di tepi jalan sebagai tanda hormat kepada hantu. Selain colok, wang kertas olok-olok dan  makanan, persembahan Opera Cina juda turut diadakan. 

Sepanjang Perayaan Hantu Lapar diadakan terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan menyinggung perasaan hantu kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, hantu akan cuba membawa seseorang untuk pergi ke neraka bersama-sama pada hari tersebut.

  • Tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam kerana ia akan menarik perhatian hantu lapar kepada anda.
  • Elakkan mendirikan kayu penyepit di dalam mangkuk kerana hantu lapar akan menganggap satu undangan ke rumah.
  • Elakkan menggunakan nombor 4 kerana nombor ini bermaksud nasib malang atau dalam bahasa kantonisnya bermaksud 'mati'.
  • Tangguhkan pernikahan kerana jika diteruskan maka dipercayai pasangan akan mengalami masalah pernikahan dan elakkan berpidah rumah baru atau perniagaan baru kerana akan menyebabkan hantu lapar marah kerana menggangu tempat kediaman mereka kerana hantu lapar biasanya tinggal di bangunan yang kosong.
  • Elakkan tidur di hadapan cermin kerana atau apa sahaja yang reflektif boleh mengundang hantu lapar menggangu hidup anda.
  • Pastikan berada dirumah malam hari terutama ibu mengandung dan kanak-kanak kerana pada malam hari hantu lapar berkeliaran di luar.
  • Dilarang mengutip duit syilling di jalanan kerana duit tersebut adalah sebagai rasuah untuk penjaga neraka.
  • Dilarang memijak, menendang atau menyentuh barangan yang yang dipersembahkan di jalan sebagai rasa hormat dan jika dengan tidak sengaja terpijak segera minta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuat bagi mengelak anda diganggu sampai ke rumah.
  • Jika anda menghadiri persembahan Opera Cina , tidak boleh duduk di baris hadapan pertama kerana tempat itu disediakan khas untuk hantu .



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'