Merungkai misteri setiap persoalan 19 'Manusia berkulit biru'
Merungkai misteri setiap persoalan 18 'Manusia berkulit biru' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Manusia berkulit biru Manusia berkulit biru memang susah untuk diterima oleh akal fikiran namun inilah yang berlaku dimana sekitar 2008, seorang rakyat Amerika Syarikat Paul Karason telah menjadi sensasi apabila kulitnya bertukar menjadi kebiruan dan menggelarnya 'Papa Smurf'. Ini bukanlah kulitnya yang asli kerana kulit aslinya sebelum ini putih sebagaimana rakyat AS berbangsa Kaukasus. Paul mengatakan dia mengambil proteinat perak, yang dibuat di rumah dari perak dan air suling, dan juga menggunakan balsem perak untuk merawat sakit kulit