Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada pekebun kecil
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2021) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM69.9 juta. Tujuannya sebagai usaha berterusan dilaksanakan Kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara. Pembayaran RM600 seorang pada kadar RM300 untuk bulan Disember 2021 dan bulan Januari tahun 2022. Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dengan dokumen berkaitan seperti yang dinyatakan. 1. PEKEBUN KECIL PEMILIK Syarat kelayakan: Warganegara Malaysia Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar Pemilik tanah yang sah Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah Dokumen sokongan: Kad Pe