Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 17, 2022

Merungkai misteri setiap persoalan 17 'City of Unity'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 17 'City of Unity'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Bandaraya Kuching diiktirafkan oleh dunia sebagai satu-satunya bandaraya dengan gelaran "City of Unity". Namun pasti menjadi persoalan kenapa Bandaraya Kuching boleh mendapat gelaran sebesar itu malah satu-satu Bandaraya yang diiktirafkan oleh dunia dengan gelaran tersebut. Jom semak sejauh manakah kebenaran tersebut. Seperti yang sedia maklum, Bahagian Kuching ialah salah satu bahagian pentadbiran yang terletak di Sarawak, Timur Malaysia, di kepulauan Borneo. Sebelumnya digelar "Bahagian Pertama", ia merupakan pusat dan permulaan Saraw