Pinjaman Kerajaan membuat rumah di tanah sendiri
Rekabentuk RMR Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang, namun tidak dinafikan kos untuk membuat rumah bukannya murah. Walaupun anda mempunyai tanah sendiri tapi anda terpaksa menyimpan niat untuk membina rumah kerana faktor kewangan. Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Rumah Mesra Rakyat (RMR). Untuk makluman anda program Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat menawarkan bantuan rumah untuk buat rumah sendiri di tanah sendiri dan cara permohonannya juga cukup mudah. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa . Keutaman diberikan kepada anda warganegara Malaysia yang tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah sendiri tetapi sudah usang dan bu