Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2021

Ajinomoto untuk kesihatan

Imej
Ajinomoto@ Monosodium Glutamat (MSG)@Micin tidak nafikan menjadikan salah satu penguat rasa makanan yang menambahkan lagi kelazatan dalam masakan dan makanan terutama dalam makan ringan. Namun seringkali menjadi persoalannya ialah adakah pengambilan ajinomoto boleh menjejaskan kesihatan atau tidak? Ajinomoto merupakan salah satu daripada perasa kelima yang dikenali sebagai 'umami' selain empat perasa yang sudah biasa kita kenali iaitu masam, manis, masin dan pahit. Perasa ajinomoto sangat unik kerana ianya adalah gabungan empat perasa dalam satu masa. Kini terdapat terdapat pelbagai jenis ajinomoto yang terdapat dalam pasaran namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai penguat rasa makanan.   Ajinomoto ditemui pada tahun 1908 oleh seorang Professor Kikunae Ikeda dari Jepun. Beliau menemuinya dari ekstrak rumpai laut. Beliau mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam ajinomoto yang dipanggil glutamat dan rasa ini berlainan dengan rasa garam . Glutamat adalah sejenis asam amin