Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 1, 2021

Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar Bank Rakyat

Imej
Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini. Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk program bantuan bayaran pembiayaan bersasar pelanggan B40 Pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut: Pembiayaan Peribadi-i Pembiayaan Perumahan-i Pembiayaan Kenderaan-i Sewa Beli Kenderaan-i Pembiayaan Pendidikan-i Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Ka