Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 30, 2021

Wajarkah membiarkan lampu minyak kereta berkelip

Imej
Memandu dengan lampu minyak berkelip atau bernyala, bererti bahawa anda memandu dengan tangki minyak yang minima. Tidak perlu panik kerana apabila lampu minyak kereta berkelip anda masih ada baki perjalanan kira-kira 60KM lagi. Tetapi harus diingatkan bahawa apabila minyak pada paras yang minima, sebahagian besar fuel pump tidak berendam di dalam minyak, berbanding tangki yang berisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa dan ini mendedahkan kereta anda kepada kerosakan fuel pump. Fungsi fuel Pump adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar ke relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem. Apabila meter minyak berada di paras E dimana kebanyakkan orang berfikir bermaksud ( Empty ) tapi maksud sebenarnya ialah ( Enough ) dimana lampu minyak mula berkelip, kenderaan masih boleh mencapai perjalanan sejauh 60KM. Ji