Wajarkah membiarkan lampu minyak kereta berkelip
Fungsi fuel Pump adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar ke relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem.
Apabila meter minyak berada di paras E dimana kebanyakkan orang berfikir bermaksud (Empty) tapi maksud sebenarnya ialah (Enough) dimana lampu minyak mula berkelip, kenderaan masih boleh mencapai perjalanan sejauh 60KM. Jika anda memandu pada kelajuan purata 50KM/J secara konsisten maka jarak tambahan 10KM boleh dicapai, dan jika pendingin hawa ditutup dan tingkap dibuka, ia mampu menambahkan lagi jarak 10KM untuk mencari station minyak yang berdekatan. Bagaimanapun, ia bergantung juga pada keadaan lalu lintas. Jika lalu lintas sesak, ia akan memendekkan jarak perjalanan kerana statik enjin masih hidup.
Walaubagaimanapun, anda tidak disarankan untuk selalu membiarkan lampu minyak kereta anda berkelip kerana boleh menyebabkan fuel pump anda rosak. Jika fuel pump anda rosak maka masalahnya lebih parah lagi kerana anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menukar yang baru.
Jika anda sayangkan kereta dan duit anda jangan tunggu sehingga lampu minyak kereta anda berkelip.
Ulasan
Catat Ulasan