Penderaan Kanak-kanak versi 1
Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya 1. Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 di tempat