Penderaan Kanak-kanak versi 1


Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya 

1. 
Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 di tempat mereka bekerja. Suaminya, Aaron Teoh Eng Wan 37 tahun dan isterinya, En Sit Mooi 40 tahun membunuh Adrian Teoh Wai Kit, iaitu anak sulung daripada dua beradik. Terdapat kesan patah tulang rusuk dan kecederaan baharu yang menyebabkan kematiannya. Mangsa telah dipukul dengan rotan dan kayu. Keterangan pakar patologi menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda. Berdasarkan video rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, En dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

2. 
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Suaminya, Anuar Yusof 55 tahun dan isterinya, Murni Ahmad 40 tahun yang juga ibu tiri mangsa, setelah didapati bersalah membunuh Siti Hajar Anuar berusia 22 tahun. Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman. Berat badan mangsa cuma 18 kg meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya. Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.

3. 
Quitilipi, Argentina, ibu kandung 20 tahun dan bapa tiri 19 tahun kepada seorang budak perempuan berusia 3 tahun menyebabkan kematian kanak-kanak itu dalam satu ritual pemujaan syaitan. Mangsa dicucuk dengan beberapa jarum bahagian dadanya berdekatan organ jantung dan paru-paru. Sebatang jarum, yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut berukuran 10 cm ditemui di bahagian jantung mangsa. Kanak-kanak disahkan meninggal dunia di Hospital dekat Quitilipi, Argentina selepas mengalami jangkitan di beberapa organ, sekali gus menyebabkan serangan jantung. Pihak pendakwa turut mendedahkan mangsa mengalami radang di bahagian paru-paru dan buah pinggang yang menjadi punca kepada serangan jantung.

4. 
K Puvaneswary 30 tahun, dan teman lelakinya, N Tanabalan 27 tahun dihadap ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan membunuh anak kandungnya suspek wanita, S Dhevanesh yang berusia 4 tahun di sebuah rumah Pangsapuri Simfoni, Semenyih,antara 14 dan 18 Februari 2020. Mereka ditahan selepas kanak-kanak itu dibawa ibunya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan sebelum dia disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati mangsa mengalami kecederaan termasuk terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki