Durian musang king atau raja kunyit
Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia kerana bukan sahaja saiznya yang besar malah kulitnya juga tajam berduri. Setiap jenis durian mempunyai saiz pokok yang berbeza selain rasa yang pelbagai dan tempoh berbuah yang berlainan. Terdapat pelbagai jenis buah durian di Malaysia dan beberapa jenis durian yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti: Durian Musang King@Raja Kunyit Durian Musang King atau Raja Kunyit berasal dari Tanah Merah Kelantan. Ia telah didaftar oleh Wee Chong Beng dari tanah Merah Kelantan pada 9.12.1993. Pokok asal dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini ditanam secara meluas di Daerah Raub Pahang. Pokok Durian Musang King rendang dan berbuah rendah, tahan lasak dan tidak mudah kena serangan penyakit. Penjagaannya juga mudah. Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat sementara kulit berwarna hijau perang. Isinya berwarna kuning, tebal, berlemak, manis dan sedikit pahit serta mempunyai biji yan