Durian musang king atau raja kunyit

Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia kerana bukan sahaja saiznya yang besar malah kulitnya juga tajam berduri. Setiap jenis durian mempunyai saiz pokok yang berbeza selain rasa yang pelbagai dan tempoh berbuah yang berlainan. Terdapat pelbagai jenis buah durian di Malaysia dan beberapa jenis durian yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti:

Durian Musang King@Raja Kunyit

Durian Musang King atau Raja Kunyit berasal dari Tanah Merah Kelantan. Ia telah didaftar oleh Wee Chong Beng dari tanah Merah Kelantan pada 9.12.1993. Pokok asal dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini ditanam secara meluas di Daerah Raub Pahang. 

Pokok Durian Musang King rendang dan berbuah rendah, tahan lasak dan tidak mudah kena serangan penyakit. Penjagaannya juga mudah.  Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat sementara kulit berwarna hijau perang. Isinya berwarna kuning, tebal, berlemak, manis dan sedikit pahit serta mempunyai biji yang kempis. 

Pokok durian musang king kawin mula mengeluarkan buah dalam tempoh 3-5 tahun. Untuk pembeli yang merancang untuk membeli buah Durian Musang King pembeli perlu mengetahui ciri-ciri khas Durian Musang King iaitu terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa buah. 

Jika anda suka bercucuk tanam mungkin anda patut pertimbangkan untuk memulakan projek penanaman Pokok Durian Musang King kerana Durian Musang King mendapat permintaan yang tinggi dipasaran dan diminati ramai terutamanya penduduk Malaysia. Apatah lagi buah-buahan sekarang semakin mahal harganya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'