Catatan

Tunjukkan catatan dari April 10, 2022

Ikan hiasan air tawar termahal

Imej
Sebut sahaja ikan ini pasti anda tidak hairan jika ikan hiasan ini merupakan ikan hiasan yang mahal namun pasti anda tidak akan menyangka bahawa ikan ini mempunyai spesis ikan termahal di dunia dengan harganya boleh mencecah jutaan ringgit malah harganya disamakan dengan harga kereta mewah. Pasti anda ingin mengetahui apakah jenis ikan tersebut dan apa yang membuatkan harganya menjadi sangat mahal. Ikan ini ialah spesis Platinum Arowana berasal dari keluarga ikan  Osteoglossidae yang boleh didapati dari perairan air tawar, kolam dan tasik terutama di Asia, Australia dan juga Amerika Selatan. Ikan in hampir serupa dengan ikan arapaima. Juga dikenali sebagai ikan naga atau ikan monyet. Ikan ini suka melompat seperti monyet jadi disarankan untuk simpan penutup aquarium. Platinum Arowana merupakan spesis yang terhad kerana warna sisiknya sangat berbeza berbanding dengan ikan osteoglossidea yang lainnya. Saiznya yang besar dan panjangnya yang boleh mencapai 3 kaki. Pergerakan yang lemah gem