Merungkai misteri setiap persoalan 23 'Nyamuk memilih mangsa'
Merungkai misteri setiap persoalan 23 'Nyamuk memilih mangsanya' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Nyamuk memilih mangsanya Pasti anda fikir bahawa nyamuk cuma adalah sejenis binatang yang suka menghisap darah. Mungkin kedengaran pelik jika mendengar bahawa nyamuk memilih mangsa untuk dihisap darahnya. Perlu diketahui bahawa nyamuk sebenarnya pandai memilih darah untuk dihisap. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3 jenis nyamuk iaitu Anopheles Arabiensis, Anopheles Gambiae dan Aedes Albopictus mendapati bahawa nyamuk-nyamuk jenis ini sangat tertarik dengan individu yang berdarah O, wanita mengandung, individu bertubuh besar, individu yang