Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 1, 2021

Pokok halau nyamuk yang sesuai ditanam di dalam rumah

Imej
  NYAMUK merupakan musuh manusia. Menurut WHO , nyamuk merupakan makhluk paling berbahaya kepada manusia. Nyamuk membunuh lebih kurang 1 juta manusia satahun iaitu lebih banyak berbanding manusia yang membunuh manusia lain. Antara penyakit bawaan nyamuk ialah Deman Malaria, Demam Denggi, Virus Barat Nil dan banyak lagi. Untuk menghalau nyamuk berada dekat dengan manusia, terdapat beberapa produk alternatif yang berpontensi menghalau  nyamuk dihasilkan namun, kadangkala produk terdebut boleh mengundang kepada penyakit lain. Selain produk alternatif, pernahkah kalian terfikir bahawa tumbuhan semulajadi juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari tempat kediaman.  Terdapat dua jenis tumbuhan bersaiz kecil yang dipercayai boleh menghalau nyamuk berkampung di tempat kediaman. Tumbuhan ini boleh ditanam dalam pasu dan disimpan di dalam ruangan rumah,  bilik, pejabat atau luar rumah. Selain menghalau nyamuk dan serangga pokoknya juga sesuai dijadikan perhiasan kerana  saiznya yang keci