Pokok halau nyamuk yang sesuai ditanam di dalam rumah

 NYAMUK merupakan musuh manusia. Menurut WHO, nyamuk merupakan makhluk paling berbahaya kepada manusia. Nyamuk membunuh lebih kurang 1 juta manusia satahun iaitu lebih banyak berbanding manusia yang membunuh manusia lain. Antara penyakit bawaan nyamuk ialah Deman Malaria, Demam Denggi, Virus Barat Nil dan banyak lagi.

Untuk menghalau nyamuk berada dekat dengan manusia, terdapat beberapa produk alternatif yang berpontensi menghalau  nyamuk dihasilkan namun, kadangkala produk terdebut boleh mengundang kepada penyakit lain. Selain produk alternatif, pernahkah kalian terfikir bahawa tumbuhan semulajadi juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari tempat kediaman. 

Terdapat dua jenis tumbuhan bersaiz kecil yang dipercayai boleh menghalau nyamuk berkampung di tempat kediaman. Tumbuhan ini boleh ditanam dalam pasu dan disimpan di dalam ruangan rumah,  bilik, pejabat atau luar rumah. Selain menghalau nyamuk dan serangga pokoknya juga sesuai dijadikan perhiasan kerana  saiznya yang kecil dan cantik.

Penjagaan pokok ini juga tidak rumit malah boleh ditanaman di dalam rumah memandangkan pokok ini tidak memerlukan cahaya yang banyak untuk tumbuh subur. Baunya juga seperti ubat nyamuk. Cara penanamannya ialah melalui keratan batang sahaja. Batang yang dipotong boleh terus cucuk ke dalam tanah. Pastikan siram tiga kali seminggu dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan pokok kering dan mati.

Jika anda seorang yang suka menanam pokok perhiasan jangan lepaskan peluang untuk menanam pokok halau nyamuk kerana bukan sahaja sesuai dijadikan perhiasan tetapi juga menfaatnya kepada anda dan keluarga.

1. Pokok Jeramin @Pokok Garuda@pokok lima jari

Pokok Jeramin
Pokok Jeramin mempunyai pelbagai gelaran, nama saintifiknya Palargonium Graveolens keluarga Geraniaceae.

Pokok ini mengeluarkan bau herba yang sangat kuat. Pokok ini digunakan untuk herba dan juga untuk menghalau nyamuk. Bau yang di hasilkan seperti bau aerosol (aroma Citronella) juga boleh digunakan sebagai ubat penyakit kulit dan gatal. Caranya cuma  kisarkan daunya dengan beras dan sapukan ditempat yang gatal. Daunnya dikisar dan airnya boleh dijadikan racun penyembur serangga. Daunnya mempunyai serbuk halus dan baunya tidak disukai oleh nyamuk.


2. Pokok Zoda@Lacy Lady Aralia, Zodia

Pokok Zoda

Pokok Zoda nama saintifiknya ialah Euodia Suaveolens Sceff  dalam keluarga Rutaceae, sinonim dengan Evodia hortensis. Pokok ini ditemukan aslinya berasal dari kawasan pendalaman Memberamo, Papua, Indonesia. 

Berdasarkan kajian di Balai Penelitian Tanaman Rempah dan obat (Balittro), gas kromatografi, minyak yang disuling dari daun tanaman zodia mengandungi linalol (46%) yang digunakan untuk menghalau nyamuk. Daun evodia suavelens ini mampu menghalau nyamuk selama 6 jam dan aromanya boleh tersebar  dalam linkungan dua meter.

Menfaat lain pokok ini dipercayai sebagai penghilang bau badan, tonik stanima tubuh dan alternatif rawatan deman malaria.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'