Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 28, 2021

ekosistem keusahawanan MARA

Imej
MARA menfokuskan kepada kelestarian usahawan dalam perniagaan yang mereka ceburi.  Pertumbuhan perniagaan (memberi sokongan kepada perniagaan yang berpotensi untuk meluaskan pasaran dalam dan luar negara).  Pembangunan usahawan baharu, memberi fokus kepada modal insan yang dibangunkan melalui ekositem pendidikan dan latihan MARA. Syarat-syarat pendaftaran dan permohonan pembiayaan: No.KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL. No.KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT). No.KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN.BHD Sila rujuk kepada  Soalan Lazim (FAQ)  bagi soalan umum permohonan pembiayaan. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiM dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan. Muat turun   Senarai Semak Dokumen MARA

Pinjaman Pendidikan MARA untuk semua golongan umur

Imej
PENDIDIKAN MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.   Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang lepasan MARA. Pertimbangan pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pendapatan bulanan keluarga kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) Pendapatan bulanan keluarga RM8,001.00-RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja Pendapatan bulanan keluarga lebih besar atau sama dengan RM15,000.01 Skim MARA-Bank / PTPTN Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar / bandar yang berpendapatan rendah (B40 & M40). Permohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / bumiputera dan warganegara Malaysia. Pengajian sep