Merungkai misteri setiap persoalan 2
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sehingga ianya menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan. Disini saya akan merungkai beberapa misteri setiap persoalan 2. Semoga yang baik menjadi teladan dan yang buruk menjadi sempadan. Jangan terlalu mudah terpedaya. Semoga anda terus bersama saya merungkai misteri setiap persoalan dalam beberapa siri-siri berikutnya. 1. Humanoid Fish@Ikan Siluman Tv Vietnam melaporkan bahawa seekor ikan humanoid ditangkap di Laut Cina Selatan. Dimana tangan, badan dan perut sama menyerupai manusia. Nobita Arahman Nurngal dan Mugijaya Kedungdowo telah memaparkan video tersebut kepada orang ramai. Bahkan, salah satu di antara mereka menyebutnya sebagai ikan siluman kerana memiliki tangan seperti manusia. Benarkah ikan siluman ini wujud? Fakta sebenarnya terjawab bahawa sebenarnya ikan ini bukanlah ikan siluman. Ikan tersebut adalah hasil karya seniman asal Myanmar, menggunakan kayu dan fiber. Meletakkan mesin(motor) di bahagian dalam kerongkong un