Merungkai misteri setiap persoalan 2

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sehingga ianya menimbulkan persoalan  yang memerlukan jawapan. Disini saya akan merungkai beberapa misteri setiap  persoalan 2. Semoga yang baik menjadi teladan dan yang buruk menjadi sempadan. Jangan terlalu mudah terpedaya. Semoga anda terus bersama saya merungkai misteri setiap persoalan dalam beberapa siri-siri berikutnya.

1. Humanoid Fish@Ikan Siluman
Tv Vietnam melaporkan bahawa seekor ikan humanoid ditangkap di Laut Cina Selatan. Dimana tangan, badan dan perut sama menyerupai manusia. Nobita Arahman Nurngal dan Mugijaya Kedungdowo telah memaparkan video tersebut kepada orang ramai. Bahkan, salah satu di antara mereka menyebutnya sebagai ikan siluman kerana memiliki tangan seperti manusia. 

Benarkah ikan siluman ini wujud? Fakta sebenarnya terjawab bahawa sebenarnya ikan ini bukanlah ikan siluman. Ikan tersebut adalah hasil karya seniman asal Myanmar, menggunakan kayu dan fiber. Meletakkan mesin(motor) di bahagian dalam kerongkong untuk membuat ikan tersebut seolah-olah sedang bernafas. 

2.Anak derhaka disumpah menjadi anjing
Kisah ini dipercayai berlaku di Oman, seorang gadis telah disumpah menjadi anjing disebabkan oleh penderhakaan dan sikap kurang ajar dia terhadap ibunya dengan menendang ibunya ketika membaca Al-Quran. Foto tersebut disebarkan dan dikutip daripada satu laman web berbahasa Arab. 

Ternyata itu hanyalah sebuah penipuan kerana ternyata sumpahan itu tidak wujud sebaliknya itu hanyalah arca dihasilkan Patricia Piccinini dan dipamerkan di satu pameran di luar negara. 

3.Bayi dajal bermata satu
Kisah bayi dajal bermata satu telah tersebar pantas di kalangan masyarakat. Ada yang panik, menyangka dajal benar-benar sudah lahir dan itu petanda dunia sudah semakin menghampiri kiamat. Bayi tersebut berasal dari Bolivia. Melalui berita International Business Time melaporkan foto dan video itu digunakan ISIS(Negara Islam Iraq dan Suriah) untuk perekrutan anggota lalu mengatakan sebagai dajjal (orang yang muncul menjelang kiamat)

Kasihan bayi tersebut digelar bayi dajal bermata satu. Sedangkan fakta sebenarnya, bayi tersebut mengalami 'Cyclopia' kecacatan semasa lahir yang jarang berlaku.  Ada pendapat mengatakan keadaan ini berlaku disebabkan oleh virus rubella, kesan merkuri atau ubat-ubatan. Bayi tersebut cuma dapat bertahan hidup untuk tempoh beberapa jam sahaja.

4.Ikan bergigi manusia
Memang tidak dinafikan ikan ini wujud  dimana giginya yang seperti gigi manusia dan bibir ikan tersebut juga kelihatan menarik. Bahkan ada yang menganggap ikan tersebut adalah manusia yang kena kutukan dan sumpah.

Namun kebenarannya ialah ikan ini merupakan sejenis parrotfish atau ikan kakaktua yang merupakan salah satu spesies yang berperanan penting dalam memelihara ekosistem terumbu karang dalam membantu mengatasi pertumbuhan alga pada terumbu karang.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki