Bantuan kanak-kanak (BKK) RM1000 sebulan tahun 2021

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dari RM450 kepada RM1000  sebulan untuk satu keluarga.. Selain itu ibubapa juga boleh membuat permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk kanak-kanak yang masih bersekolah.

Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak meneruskan kelansungan hidup dan supaya  anak-anak mendapat jagaan  sempurna. 

Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak. 

Pengagihan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah seperti berikut : 

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang.
Syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah (Umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas).
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan lulusan ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  1. Anda boleh mendaftar permohonan secara terus di mana-mana Pejabat JKM atau mendaftar secara dalam talian di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Jika anda mendaftar permohonan secara dalam talian anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah pemohon dalam tempoh 14 hari setelah mendaftar permohonan.
  3. Sediakan dokumen seperti berikut sesama anda menghadirkan diri ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
    • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan Kad OKU / Slip pendaftaran sementar OKU (jika kategori OKU)
    • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik // telepon / astro)
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klini kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghadirkan diri terus ke Pejabat Jabatan Kebajikan Daerah pemohon.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki