Pokok buah ajaib @pokok seribu manis

Pasti anda tidak pernah mendengar tentang Buah Ajaib@Pokok Seribu Manis@Miraculuos Berry@Synsepalum Dulcificum. Walaupun pelbagai gelaran diberikan namun pokoknya tetap sama.

Buah ajaib berasal dari Afrika Barat dimana buah ini sesuai tumbuh di iklim tropikal kerana pokok ajaib suka cahaya matahari dan tahan panas. Pokok buah ini jenis renek dan sangat sesuai ditanam di dalam pasu besar. Jangkamasa yang diperlukan untuk pokok buah ajaib berbuah ialah dalam tempoh 2-3 tahun. Satu pokok boleh menghasilkan lebih kurang 400-500 kuntum bunga. Buahnya sangat manis dan isinya berair. Pembajaannya ialah satu kali dalam tempoh dua minggu, dan pastikan siram setiap hari.

Pokok buah ajaib berbuah dua kali dalam tempoh setahun iaitu selepas musim hujan. Bunga pertama tumbuh pada februari hingga march dan buah akan matang bulan April hingga Mei, bunga kedua tumbuh pada April hingga Mei dan matang bermula Jun dan Mei

Bentuk buah ini lonjong seperti berry. Daunnya juga boleh dikunyah untuk mengubat sakit gigi. Air rebusan daun buah ajaib juga dapat mengawal resdung, jerawat, jeragat,  menghilangkan rasa gatal badan dan buasir

Buah ini dikenali sebagai buah ajaib kerana bila kita makan sesuatu yang masam ia akan mengubah rasa tersebut menjadi manis. Semua benda yang dimakan dalam selama dua jam akan bertukar menjadi manis.

Contohnya:

  • Rasa lemon yang masam bertukar menjadi lemon yang manis
  • Guinness Stout beer bertukar rasa seperti coklat susu
  • Brokoli bertukar rasa seperti buah apel yang manis.
  • Minum air kosong pun terasa manis.
  • Makan cili terasa manis sehingga menghilangkan rasa pedas.

Mesti anda tertanya dan berasa pelik kenapa situasi ini boleh terjadi? Sebenarnya ini bukan sesuatu yang pelik kerana buah ini mengandungi miraculin iaitu sebatian Glikoprotien yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Tidak balas dengan protein menstimulasi menjadi manis tanpa mengubah susunan kimia dari makanan. Buah ajaib mampu meneutralkan asid. Mengandungi vitamin C, A, E, dan K.

Kebaikan buah ajaib:

  • Diet gula untuk pesakit kencing manis kerana boleh mengelakkan pengambilan guna berlebihan untuk pesakit kencing manis.
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Menyumbangkan nutrisi bagi tubuh untuk mencegah jangkitan and patogen
  • Campuran ubat pahit
  • Mempertimbangkan rasa makanan dan minuman
  • Membantu pesakit kanser, semasa menjalani kemoterapi. Ini kerana pada kebiasaannya pesakit merasa tidak enak lidah dan pengambilan buah ini dapat membantu meningkatkan atau membaiki deria rasa manis enak dan menakjubkan *Alternatif ubat cancer
  • Merawat pesakit migrain
  • Melawan penyakit leukimia * ambil bunganya dan keringkan, sebelum dibubuh dalam air untuk diminum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

koleksi mistik penarik rezeki

cili terpedas didunia cili hantu

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'