Permohonan Mykad kanak- kanak 12 tahun secara dalam talian
KadPengenalan Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berumur 12 tahun boleh dilakukan secara dalam talian . Mengikut Peraturan 3. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan berdaftar Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Syarat Permohonan Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur Ibu atau Bapa; atau Penjaga (Penjaga adalah datuk / nenek / ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun) Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap. (Tidak perlu jika sudah mengisi borang permohonan secara dalam talian). Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukan surat akuan berkanun dan surat pengesah