Permohonan Mykad kanak- kanak 12 tahun secara dalam talian

KadPengenalan

Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berumur 12 tahun boleh dilakukan secara dalam talianMengikut Peraturan 3. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan berdaftar Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    • Ibu atau Bapa; atau
    • Penjaga (Penjaga adalah datuk / nenek / ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun)
    • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap. (Tidak perlu jika sudah mengisi borang permohonan secara dalam talian).
  3. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  4. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Dokumen sokongan
  • Sijil Lahir kanak-kanak.
  • Mykad Ibubapa / penjaga.
  • Bil Utiliti elektrik / air / astro (Pembuktian alamat).
  • Lain-lain dokumen berkaitan.
Cara permohonan dalam talian

Kod QR
PANDUAN PENGGUNA UNTUK MENUTUP FUNGSI POP-UP BLOCKER DI PELAYAR INTERNET
  1. Google Chrome
    • Di pelayar Google Chrome sila tekan  ፧  di bahagian atas sebelah kanan.
    • Pilih settings.
    • Tekan di bahagian tepi sebelah kiri dan pilih Privacy and security.
    • Pilih site settings.
    • Pilih Pop-ups and redirects.
    • Tekan butand Add.
    • Highlight and copy link https://web12tahun.jpn.gov.my/.
    • Kemudian sila letakkan link tersebut di ruangan Add a site.
    • Akhir sekali tekan butang Add.
  2. Mozilla Firefox
    • Di pelayar Mozilla Firefox, sila tekandi bahagian atas sebelah kanan.
    • Pilih Option.
    • Tekan di bahagian tepi sebelah kiri dan pilih Privacy and security.
    • Pastikan anda berada pada seksyen Permissions dan pilih Exceptions di kotak Block pop-up windows.
    • Highlight dan copy link https://web12tahun.jpn.gov.my/
    • Kemudian sila letakkan link tersebut di ruangan Address of website.
    • Tekan butang Allow.
    • Akhir sekali tekan butang Save Changes.
  3. Internet Explorer
    • Di pelayar Internet Explorer, sila tekan 🔅di bahagian atas sebelah kanan dan pilih internet options.
    • Tetingkap Internet options akan muncul. Di dalam tetingkap tersebut. sila pilih Privacy di bahagian atas dan pilih Sttings di bahagian Pop-up Blocker.
    • Di tetingkap Pop-up Blocker Setting, sila masukkan https://web12tahun.jpn.gov.my/ ke dalam kotak teks Address of website to allow.
    • Kemudian tekan add dan close untuk simpan tetapan fungsi pop-up blocker.
PANDUAN MANUAL PENGGUNA UNTUK PERMOHONAN KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN
  1. Log masuk Permohonan kad pengenalan kanak-kanak 12 tahun
    • Sila tekan butang LOG MASUK.
    • Tekan butang Password.
    • Sila isi pada ruangan tersebut Nombor Pengenalan atau Nombor Passport atau Email.
    • Kemudian tekan butang NEXT.
    • Isi kata kekunsi yang telah didaftarkan pada ruangan tersebut.
    • Kemudian tekan butang LOGIN.
    • Sila Tick "Saya setuju" setelah baca dengan teliti Terma dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun.
    • Kemudian tekan butang setuju.
    • Sila tekan butang HANTAR
      • Penting: Pastikan ruangan bertanda * tersebut diisi dahulu sebelum takan butang HANTAR.
    • Sila tekan butang OK
    • Sila tekan butang Cetak.
      Contoh dokumen siap dicetak
    • Sila bawa salinan tersebut ke kaunter JPN untuk membuat permohonan.
  2. Daftar akaun MyGoverment
    • Tekan pada link https://www.malaysia.gov.my/portal/register.
    • Sila pilih WARGANEGARA.
    • Sila isikan nombor pengenalan.
    • Sila isikan nama penuh yang tertera pada kad pengenalan.
    • Sila isikan email.
    • Sila pilih kod negara Malaysia +60 MY.
    • Sila isikan nombor telepon.
    • Isikan kod verifikasi yang tertera.
    • Sila tekan butang HANTAR.
    • email notifikasi yang di hantar ke alamat email anda
    • Sila semak inbox yang telah di daftarkan dan tekan butang Click here to activate your account.
      email pengesahan akaun
    • Sila isi password yang ingin didaftarkan.
    • Sila isi semula password yang sama untuk pengesahan.
    • Sila isi kod verifikasi yang tertera.
    • Sila tekan butang SUBMIT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki