Merungkai misteri setiap persoalan 24 'Burung Cenderawasih@Burung syurga'
Merungkai misteri setiap persoalan 24 'Burung Cenderawasih@Burung Syurga' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Burung Cenderawasih@Burung Syurga Kisah mengenai burung ini telah dimuatkan dalam sebuah kitab kuno yang bertajuk Hikayat Tajul Muluk. Dalam Kitab ini, ada dinyatakan bahawa burung Cenderawasih ini asalnya dari kayangan dan amat jarang ditemui oleh manusia. Menurut alkitab ini lagi burung ini terbang tinggi di angkasa dan jika terbang rendah ke bumi, ini bermakna hayat burung ini sudah hampir ke penghujung kerana ia akan mati sebaik menjejak kaki ke tanah. Bangkainya juga didakwa tidak mereput kerana burung ini dikatakan hanya makan emb