Merungkai misteri setiap persoalan 18 'Misteri ketukan pintu'

Merungkai misteri setiap persoalan 18 'Misteri Ketukan Pintu' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Heboh apabila penduduk beberapa buah kampung mengalami gangguan misteri dimana pintu rumah mereka diketuk.Gangguan dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi. Ada beberapa pihak yang mendakwa apabila mendengar bunyi ketukan tersebut mereka mengintai dari tingkap tetapi mendapati tiada siapa di luar rumah. Malah pintu rumah mereka diketuk tanpa salam menyebabkan penduduk semakin resah dan takut. Ada yang beranggapan gangguan misteri ini melibatkan aktiviti paranormal.

Terdapat beberapa kawasan yang mengalami gangguan tersebut mempunyi penjelasan yang tersendiri namun tidak dinafikan tidak semua kawasan mempunyai penjelasan yang sama malah beberapa siri gangguan tersebut tidak mempunyai penjelasan yang jelas walaupun beberapa siasatan yang dilakukan.

Seperti yang berlaku di Lampung, dimana misteri wanita berpakaian purdah serba putih yang mengetuk pintu rumah penduduk dan meminta sumbangan sehingga tengah malam akhirnya terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis. Ternyata pelakunya dikenali sebagai Nurhayati Sarni 40 tahun, berasal dari Pringsewu, Lampung. Motifnya menakutkan para penduduk adalah untuk meminta sumbangan penduduk di Gading Rejo dan Sukoharjo bagi melangsaikan hutangnya kerana tekanan akibat berhutang sehingga puluhan juta rupiah menerusi beberapa aplikasi pinjaman dalam talian. Pelaku sanggup melakukan tindakan tersebut demi melangsaikan hutangnya memandangkan pelaku tiada pekerjaan dan sudah bercerai.

Lain pula yang berlaku di Kampung Sungai Galah, gangguan misteri ketukan pintu akhirnya terjawab apabila ketua kampung tersebut, Yahaya Ahmad mengesahkan kejadian misteri itu didalangi seorang individu dipercayai seorang bomoh dari kawasan yang lain yang sengaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat. Turut mengatakan bahawa sebenarnya ketukan tersebut tidak wujud, hanya rekaan bomoh tersebut untuk menimbulkan kekecohan. Foto penampakan makhluk halus dalam gambar yang tersebar dimedia sosial adalah palsu dan hasil edit pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah terdapat dakwaan yang mengatakan ada individu yang membela benda lain sebenarnya cuma fitnah semata-mata. Namun tidak dapat dipastikan kenapa bomoh tersebut bertidak demikian.

Terdapat juga penjelasan yang melucukan apabila seekor kucing dengan selamba mengetuk pintu rumah tuannya untuk masuk ke dalam rumah. Ada juga penjelasan lain yang mengatakan gangguan misteri ketukan pintu kerana angin yang bertiup hingga bertindak seperti pintu diketuk. Jika anda mengalami gangguan tersebut diharapkan anda jangan terburu-buru membuka pintu rumah demi keselamatan bersama. Kerana takut gangguan tersebut adalah satu tindakan penjenayah untuk membahayakan anda.

Jika anda membaca perkongsian ini dan anda ada sebarang penjelasan atau komen ada boleh nyatakan di ruangan komen untuk info bersama. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'