Merungkai misteri setiap persoalan 24 'Burung Cenderawasih@Burung syurga'

Merungkai misteri setiap persoalan 24 'Burung Cenderawasih@Burung Syurga' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Burung Cenderawasih@Burung Syurga

Kisah mengenai burung ini telah dimuatkan dalam sebuah kitab kuno yang bertajuk Hikayat Tajul Muluk. Dalam Kitab ini, ada dinyatakan bahawa burung Cenderawasih ini asalnya dari kayangan dan amat jarang ditemui oleh manusia. Menurut alkitab ini lagi burung ini terbang tinggi di angkasa dan jika terbang rendah ke bumi, ini bermakna hayat burung ini sudah hampir ke penghujung kerana ia akan mati sebaik menjejak kaki ke tanah. Bangkainya juga didakwa tidak mereput kerana burung ini dikatakan hanya makan embun.

Selain Kitab Kuno Hikayat Tajul Muluk, kisah burung ini juga dimuatkan dalam kitab Sahibul Hikayat. Dalam kitab ini, dikatakan bahawa bulu burung ini tersangat berharga dan apabila gugur ke bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata yang sangat berharga. Malah bulunya juga didakwa mempunyai kuasa kepada pemakainya. Sekiranya seseorang memakai bulu burung ini di kepala, ianya akan memberi kuasa penunduk dan pengasih kepada kalian manusia. Namun dakwaan seperti itu tidak masuk akal sama sekali.

Melalui kajian yang dibuat, burung Cenderawasih memang wujud didunia. Burung ini boleh didapati di kawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Indonesia. Terdapat kira-kira 43 jenis spesies yang berlainan warna bulu yang cantik dan bersaiz antara 16-44cm panjang. Burung ini hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Masyarakat peribumi menjadikan bulu burung Cenderawasih Jantan sebagai hiasan kepala yang cantik dan unik. 

Mengenai dakwaan bahawa burung ini tidak mereput bermula apabila masyarakat peribumi menghadiahkan burung cenderawasih yang sudah mati dan diawet kepada penjajah British. Namun penjajah British tidak menyedari bahawa burung tersebut sudah diawet. Mereka berfikir sememangnya burung itu tidak mereput dan menganggap burung ini benar-benar burung dari kayangan sehingga membawa fahaman songsang barat itu merebak ke tanah Melayu.  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki