Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 6, 2021

Cara memilih menyimpan dan memasak sayuran supaya dapat mengekalkan nutrien

Imej
Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Pengambilan sayur-sayuran dalam diet seharian dapat melawan penuaan malah menurut kajian yang diterbitkan di Journal of the American Heart Association, para pengkaji mendapati bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran boleh menghalang pembentukan plak di dalam arteri seseorang dan ini boleh mengelakkan risiko yang lebih rendah untuk penghidap penyakit jantung. Malah terdapat banyak lagi khasiat sayur-sayuran dalam diet seharian yang patut kita pertimbangkan.    Walaupun pengambilan sayur-sayur adalah sangat penting dalam diet seharian tetapi cara pemilihan, penyimpanan dan proses memasak sayuran juga boleh menentukan tahap keberkesanan sayur-sayuran tersebut untuk kesihatan seharian.  Dalam pemilihan sayur-sayuran terdapat beberapa tips yang harus ditekan. Belilah sayur-sayuran yang sekadar cukup dimakan dalam tempoh beberapa hari bagi mengelakkan sayur-sayuran disimpan terlalu lama. Sayur-sayuran yang di