Pinjaman Pendidikan MARA untuk semua golongan umur

PENDIDIKAN MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang. Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang lepasan MARA. Pertimbangan pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Pendapatan bulanan keluarga kurang atau sama dengan RM8,000.00
    • Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Pendapatan bulanan keluarga RM8,001.00-RM15,000.00
    • Yuran Pengajian sahaja
  • Pendapatan bulanan keluarga lebih besar atau sama dengan RM15,000.01
    • Skim MARA-Bank / PTPTN
  • Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar / bandar yang berpendapatan rendah (B40 & M40).
  • Permohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Pinjaman tidak diberikan kepada pengajian di peringkat yang sama (contohnya telah ada ijazah pertama tetapi hendak sambung ijazah pertama dalam bidang lain).
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau pinjaman oleh mana-mana agensi/ badan penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  • Mendapat pelepasan/ penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada agensi/ badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang berkaitan sahaja).
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak untuk pengajian atau peringkat yang sama (double sponsor).
  • Had umur pemohon mengikut peringkat pengajian:
    • Diploma / HND <35 Tahun
    • Ijazah Pertama <40 Tahun <30 Tahun
    • Ijazah Sarjana/ Profesional <45 Tahun
    • Kepakaran/ Doktor Falsafah <45 Tahun
PENDIDIKAN MENENGAH
  • MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)
INSTITUSI TVET
  • UniKL (Universiti Kuala Lumpur)
  • GMI (German-Malaysian Institute)
  • MJII (MARA Japan Industrial Institute)
  • KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
  • IKM (Institut Kemahiran MARA)
  • GM (Giat MARA)
PENDIDIKAN TINGGI
  • KUPTM (Kolej Universiti Poly-Tech MARA)
  • KPTM (Kolej Poly-Tech MARA)
  • KPM (Kolej Profesional MARA)
  • KM (Kolej MARA)
CARA PERMOHONAN ONLINE
  • Sebelum membuat permohonan pinjaman MARA, pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan di atas nama pelajar sama ada di Bank Islam, CIMB, RHB Islamic, Bank Rakyat atau Bank Simpanan National (BSN). Bagi yang sudah mempunyai akaun simpanan tidak perlu membuka akaun baru.
  • Pelajar juga dikehendaki mempunyai akaun email yang aktif.
    • Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui https://myeduloan.mara.gov.my.
    • Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/ surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.
Permohonan dan maklumat lanjut layari http://www.mara.gov.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki