Merungkai misteri setiap persoalan 23 'Nyamuk memilih mangsa'
Merungkai misteri setiap persoalan 23 'Nyamuk memilih mangsanya' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
Nyamuk memilih mangsanya
Perlu diketahui bahawa nyamuk sebenarnya pandai memilih darah untuk dihisap. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3 jenis nyamuk iaitu Anopheles Arabiensis, Anopheles Gambiae dan Aedes Albopictus mendapati bahawa nyamuk-nyamuk jenis ini sangat tertarik dengan individu yang berdarah O, wanita mengandung, individu bertubuh besar, individu yang sedang bersenam dan individu yang memakai pakaian gelap.
Darah O merupakan darah yang lebih manis berbanding dengan darah lain. Menurut kajian dilakukan di Afrika wanita hamil dua kali ganda berpeluang digigit nyamuk kerana mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida. Lebih besar badan individu , lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan. Ini kerana nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka dan ia boleh dikesan dari jarak 50 meter.
Senaman juga meningkatkan haba badan yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk. Disamping itu individu yang memakai pakaian gelap menarik perhatian nyamuk untuk menggigitnya kerana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian anda juga memberi indikasi yang serupa.
Ulasan
Catat Ulasan