Ikan hiasan air tawar termahal



Sebut sahaja ikan ini pasti anda tidak hairan jika ikan hiasan ini merupakan ikan hiasan yang mahal namun pasti anda tidak akan menyangka bahawa ikan ini mempunyai spesis ikan termahal di dunia dengan harganya boleh mencecah jutaan ringgit malah harganya disamakan dengan harga kereta mewah.

Pasti anda ingin mengetahui apakah jenis ikan tersebut dan apa yang membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

Ikan ini ialah spesis Platinum Arowana berasal dari keluarga ikan Osteoglossidae yang boleh didapati dari perairan air tawar, kolam dan tasik terutama di Asia, Australia dan juga Amerika Selatan. Ikan in hampir serupa dengan ikan arapaima. Juga dikenali sebagai ikan naga atau ikan monyet. Ikan ini suka melompat seperti monyet jadi disarankan untuk simpan penutup aquarium.

Platinum Arowana merupakan spesis yang terhad kerana warna sisiknya sangat berbeza berbanding dengan ikan osteoglossidea yang lainnya. Saiznya yang besar dan panjangnya yang boleh mencapai 3 kaki. Pergerakan yang lemah gemalai menyerlahkan warna sisiknya yang bersinar, sehingga bisa memukau mata memandangnya.
  
Keunikan ikan Platinum Arowana bermula pada tahun 2007 apabila seorang penternak ikan yang berasal dari Singapura sanggup membayar dengan harga yang sangat mahal hanya untuk memilikinya.

Ikan ini dipercayai adalah melambangkan kekayaan dan kemakmuran.

Penjagaan ikan ini agak sukar kerana ia memerlukan penjagaan yang khusus demi menjaga kualiti ikan ini terutama bahagian sisiknya yang menjadi tarikan utama. Disamping itu, ikan ini juga memerlukan tempat aquarium yang luas. Malah ikan ini menjadi sangat mahal dan dianggap haiwan peliharaan yang paling mahal kerana spesisnya adalah terhad dan proses pembiakannya juga rumit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'