Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar Bank Rakyat

Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini.

Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk program bantuan bayaran pembiayaan bersasar pelanggan B40

  1. Pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:
    • Pembiayaan Peribadi-i
    • Pembiayaan Perumahan-i
    • Pembiayaan Kenderaan-i
    • Sewa Beli Kenderaan-i
    • Pembiayaan Pendidikan-i
    • Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i
      • Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.
  2. Bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar
    • Pilihan 1
      • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
      • Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
    • Pilihan 2
      • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
      • Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
  3. Tiada pertambahan dalam jumlah keuntungan  kerana jumlah keuntungan adalah tertakluk kepada jumlah keuntungan yang telah diakad. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
  4. Bagi pembiayaan menggunakan kadar tetap, tempoh pembiayaan akan dilanjutkan mengikut bilangan bulan yang diberikan penangguhan.
  5. Manakala bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung tempoh lanjutan boleh melebihi bilangan bulan yang diberikan penangguhan.
  6. Bagi pembiayaan yang telah ditetapkan menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Potongan Gaji Majikan (PGM) atau Standing Instruction (SI), pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium, Bank akan memberikan pemulangan pembayaran.
Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk bantuan bayaran bersasar pembiayaan Mikro-i.
  1. Perusahaan Mikro-i yang layak dengan nilai jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000, diluluskan sebelum 1 Jun 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari).
  2. Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor dengan:
    • Perolehan jualan kurang daripada RM300,000; atau
    • Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa
  3. Bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar
    • Pilihan 1
      • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
    • Pilihan 2
      • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
  4. Tiada perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium
  5. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.
  6. Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi Standing Instruction (SI), pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium Bank akan memberikan pemulangan bayaran.
Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk bantuan bayaran bersasar pembiayaan kepada pelanggan terjejas M40 dan T20.
  1. Kategori A
    • Pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapatkan pekerjaan baharu.
    • Pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji.
    • Bantuan yang ditawarkan:
      • Moratorium bayaran pembiayaan selama 3 bulan, atau
      • Pengurangan 50% ansuran untuk tempoh 6 bulan.
      • Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
  2. Kategori B
    • Pelanggan yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun dan kommisen).
    • Pelanggan yang mana pasangan terjejas.
    • Bantuan yang ditawarkan:
      • Pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan pendapatan.
      • Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan
    • Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran. Walau bagaimanapun pelanggan layak untuk lanjutan moratorium.
  3. Tiada pertambahan keuntungan dimana jumlah keuntungan adalah tertakluk kepada jumlah keuntungan yang telah diakad. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
  4. Bagi pembiayaan yang menggunakan kadar tetap, jumlah ansuran adalah kekal seperti sebelum tempoh bantuan dan tempoh pembiayaan akan dilanjutkan mengikut bilangan bulan yang diberikan penangguhan.
  5. Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, sebarang perubahan jumlah ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan kadar asas (IKA) dan kadar asas pembiayaan (KAP) atau perubahan dari semasa ke semasa. Tempoh lanjutan boleh melebihi bilangan bulan yang diberikan penangguhan.
Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk bantuan bayaran pembiayaan bersasar kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  1. Kriteria pelanggan
    • Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
    • Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 3 bulan pada tarikh permohonan.
    • Tiada sebarang tindakan guaman.
    • Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Sorporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor.
  1. Bantuan yang ditawarkan:
    • Pilihan 1
      • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium)
    • Pilihan 2
      • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
  2. Akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium
  3. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.
Pelanggan boleh memohon melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 7 Julai 2021.

Permohonan boleh dibuat melalui borang elektronik yang disediakan lam web korporat Bank Rakyat pada pautan www.bankrakyat.com.my.

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
  • Pusat Panggilan di talian 📞1300800800
  • Mengunjungi Cawangan atau susulan Berpusat Willayah (SBW) yang berdekatan. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'