Ajinomoto untuk kesihatan

Ajinomoto@ Monosodium Glutamat (MSG)@Micin tidak nafikan menjadikan salah satu penguat rasa makanan yang menambahkan lagi kelazatan dalam masakan dan makanan terutama dalam makan ringan. Namun seringkali menjadi persoalannya ialah adakah pengambilan ajinomoto boleh menjejaskan kesihatan atau tidak?

Ajinomoto merupakan salah satu daripada perasa kelima yang dikenali sebagai 'umami' selain empat perasa yang sudah biasa kita kenali iaitu masam, manis, masin dan pahit. Perasa ajinomoto sangat unik kerana ianya adalah gabungan empat perasa dalam satu masa. Kini terdapat terdapat pelbagai jenis ajinomoto yang terdapat dalam pasaran namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai penguat rasa makanan.

 Ajinomoto ditemui pada tahun 1908 oleh seorang Professor Kikunae Ikeda dari Jepun. Beliau menemuinya dari ekstrak rumpai laut. Beliau mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam ajinomoto yang dipanggil glutamat dan rasa ini berlainan dengan rasa garam . Glutamat adalah sejenis asam amino yang mengandungi protien  dalam daging, telur, tomato, asparagus, keju, ikan, dan banyak lagi. Bahkan dalam air susu ibu juga mengandungi glutamat. Ajinomoto boleh didapati dalam bentuk crystal murni atau warna tertentu namun rasanya tetap sama ataupun hampir sama. Bahkan badan manusia juga menghasilkan asam amino nonassential 50gm glutamat sehari melalui hati dan ginjal. 

Ada beberapa mitos yang mengatakan pengambilan ajinomoto boleh menyebabkan kepada masalah kesihatan seperti penyakit nyanyuk, cancer atau sebagainya adalah tidak benar. Belum ada bukti klinikal yang menyatakan ajinomoto boleh menyebabkan penyakit yang serius, selagi penggunaan tidak berlebihan. Malah Badan FDA (Food and Drug Administration) yang berpusat di Amerika mengatakan bahawa ajinomoto adalah bahan yang selamat untuk di makan. 

 Memang tidak dinafikan bahawa pengambilan ajinomoto secara berlebihan boleh menyebabkan kepada masalah  'CRS@Chinese Restaurant Syndrome' ini kerana restoran atau kedai makan Cina dan Jepun lebih banyak menggunakan ajinomoto dalam masakan mereka maka tidak heran jika masakan mereka jauh lebih lazat dan disukai ramai. Antara sindrom tersebut ialah sakit kepala, muka kebas atau kebas dibahagian mulut terutama bahagian lidah, mual dan rasa haus. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ianya hanya bersifat sementara dan lama kelamaan hilang. Pengguna cuma minum air kosong dalam kuantiti dan tempoh masa tertentu sehingga lama kelamaan sindrom ini akan hilang sendirinya terutama melalui hasil proses pembuangan air kencing.

Walaupun ajinomoto banyak terdapat dalam makanan ringan namun tidak bererti  ajinomoto penyebab kepada ganggunaan pemakanan kerana makanan ringan itu sendiri tidak mempunyai gizi iaitu mengandungi lebih banyak minyak dan karbohidrat yang tidak diperlukan oleh badan.
  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki