Maksud disebalik kain Pua Kumbu dalam masyarakat Iban

Dayak Iban@Sea Dayak adalah bangsa tertua di Sarawak Borneo dan juga dipercayai tertua di Asia Tenggara. Ini berdasarkan bukti penemuan tengkorak purba di Gua Niah Sarawak yang disahkan mirip dan sama dengan DNA tengkorak Iban yang berusia 40,000-65,000 tahun SM yang diambil dari perkuburan Iban lama di sebuah rumah panjang Iban. 

Panggilan Sea Dayak kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 - 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat dalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai 'Vikings of Eastern Sea' dan 'King of Sea Borneo'

Kebanyakkan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu dari koleksi barangan yang menjadi kebanggaan masyarakat Iban adalah pakaian tradisonal mereka yang setiap kompenan pakaian mereka membawa maksud yang berbeza dan nilai yang tersendiri.

Keunikan dan keistimewaan yang ada pada pakaian Iban menunjukkan ketinggian budaya Iban di Malaysia. Keunikan dan keistimewaan ini harus dipertahankan dan masyarakat Sarawak amnya orang Iban harus bangga dengan pakaian tradisional mereka.

KAIN PUA KUMBU

Kain Pua Kumbu merupakan kain kapas pelbagai motif dan warna yang ditenun olah wanita Dayak dan digunakan oleh kaun Iban di Sarawak, Malaysia. Seni tenunan tekstil ini dianggap sebagai salah satu tradisi tertua masyarakat Iban dan dianggap sebagai aset yang tidak ternilai untuk seorang gadis Iban. 

Penghasilan Pua Kumbu perlu melalui ritual tertentu bagi mendapat kebenaran semangat dan roh nenek moyang. Upacara pemujaan dan persembahan melalui ritual akan diadakan dengan membaca mentera tertentu bagi mendapat petunjuk serta kebenaran mengenai motif atau reka corak yang hendak dihasilkan.

Tukang tenun meletakkan reka bentuk grafik tenunan kepercayaan animistik Iban, alam rohani (petara atau antu) dan kehidupan di sekeliling mereka iaitu pokok, haiwan, serangga, kehidupan hutan, alam semula jadi, dan kehidupan ghaib yang mempunyai makna dan tenaga. Dipercayai bahawa semakin berkuasa rupa bentuk yang ditenun, maka semakin dekat ia boleh membawa orang itu ke dunia spiritual. Jika reka bentuk itu lebih berkuasa, ia akan membahayakan penenun kain pua kumbu.

Kain Pua Kumbu bukan sekadar kain tenun biasa tetapi dianggap suci dan memiliki kuasa ghaib, selain digunakan dalam pelbagai ritual keagamaan, budaya dan keramaian. Kain Pua Kumbu biasanya digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, menerima barangan penting kepada rumah panjang, apabila seseorang sampai usia, bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum dikebumikan dan banyak lagi kegunaannya.

Kain Pua Kumbu dianggap berhantu kerana dipercayai kain ini dikuasai oleh makhluk halus dikenali sebagai 'Petara@roh nenek moyang' dimana suatu ketika dulu kain ini digunakan untuk menyambut antu palak iaitu hantu daripada tengkorak kepala musuh yang dipenggal dalam perang ataupun berburu.

Dipercayai juga kain pua kumbu boleh menjadi perisai atau pelindung diri kepada manang(bomoh) daripada terkena musibah penyakit dan gangguan semasa ritual perubatan dilakukan.

Menurut adat Iban, hukum yang dikenakan jika didapati bersalah menghina pakaian Iban ialah seperti yang di kongsikan oleh Kris Bar Art Masters.

  1. Kain Tenun benang emas 7 lambar.
  2. Tagguk empang rundai bunga mansau 7 itik.
  3. Selampai pua kumbu 7 itik.
  4. Ringgit pirak 7 serak.
  5. Tali ai 7 rintai / sepulang ngau tai ai 7 rintai / ba tucuk 7 serak sugu tinggi.
  6. Berau basah 7 dulang / Manok labang 7 iko. telo manok labang 7 igi.
  7. Darah yang menghina 7 titik siko. * Seperti penghinaan yang dibuat oleh Duriankimchi darah seduai melaki bini 7 titik siko, kena gaselan leka jako nuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki