Tafsiran cantik bagi setiap orang
Tafsiran cantik bagi setiap orang adalah berbeza kerana semua terpulang dengan pandangan setiap individu. Cantik boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu kecantikkan semulajadi dan kecantikan kosmetik. Pada umumnya kecantikan semula jadi adalah kecantikan yang tidak memerlukan biaya yang mahal untuk kelihatan cantik. Kecantikan semulajadi adalah kecantikan azali yang tidak memerlukan sebarang perubahan yang drastik dan ianya adalah penerimaan seadanya ciptaan Tuhan.
Namun, terdapat segelintir yang merasakan ciptaan Tuhan belum cukup sempurna sehingga mereka mengubahnya. Kecantikan kosmetik semestinya memerlukan kos yang tinggi dan biasanya individu tersebut memilih perubahan yang dilakukan sehingga mereka berasa puas dan bahagia. Terdapat beberapa kecantikan kosmetik yang dianggap tidak munasabah.
1.Bibir terbesar
Walaupun mengalami kesulitan semasa makan setelah beberapa hari kesan dari suntikkan namun hal ini tidak mematahkan semangatnya untuk mendapat bibir yang diidamkannya. Hingga September 2019 dia telah menjalani 15 kali suntik bibir.
Walaupun orang lain beranggapan bahawa penampilannya nampak tidak semulajadi namun dia tetap berasa bahagia dengan perubahannya.
2. BTS Jimin Fanatik
Oli London minat dengan BTS sejak tinggal di Korea pada tahun 2013, tahun yang sama BTS mula debut. Dengan pembedahan kosmetik dia rasa lebih yakin dan gembira. Oli telah menjalani liposuction, pembedahan kelopak mata, tulang rusuk dan implan dagu yang menelan belanja kira-kira $100,000 dan masih belum berpuas hati kerana merancang untuk mengubah bentuk wajah dan mata agar kelihatan seperti Jimin.
Oli London mengatakan bahawa dia tidak cuba mengubah asal usulnya, tetapi dia ingin mencapai rupa K-Pop kerana dia sangat mengagumi keindahan Korea.
3. Angelina Jolie Fanatik
Antara pembedahan yang dilakukanya ialah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon Angelina Jolie.
Namun luahan salah seorang pengikutnya di laman instagramnya yang beranggapan bahawa perubahan yang dilakukan tidak ubah seperti Zombie berbanding rupa asalnya yang cantik. Malah ada juga yang mengkritik wajahnya kelihatan seperti Victoria Everglot, watak utama dalam filem The Corpse Bride arahan pengarah Hollywood terkenal, Tim Burton dan Mike Johnson.
Bagaimanapun, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik sebaliknya hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan topeng muka prostetik mahupun tektik suntingan gambar.
Ulasan
Catat Ulasan