Fakta disebalik BLACKPINK

BLACKPINK ialah gabungan Black(Hitam)+Pink(Merah jambu), bukan hanya sekadar penyatuan dua warna tetapi juga mempunyai maksud yang lebih mendalam dimana perbezaan dua warna yang ketara, menggambarkan kecantikan bukanlah segala-galanya tetapi pada masa yang sama melambangkan bakat mereka.

BLACKPINK mempunyai subscribers terbanyak di Youtube iaitu sebanyak 19 juta. Mereka mengalahkan Kumpulan 'Fifty Harmony' dan juga "Little Mis" di peringkat antarabangsa malah Muzik video mereka "Ddu-du-ddu-du' memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop "boy band' BTS dengan memperolehi 674.4juta tontonan setakat 21 Februari 2019.

Peminat BLACKPINK dikenali sabagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya, dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokongan mereka yang berterusan.

Turut mempunyai rancangan realiti mereka sendiri yang bertajuk 'BLACKPINK House' 12 episod semasa percutian mereka di rumah 'Pink Princess' sempena sambutan ulang tahun BLACKPINK yang menampilkan sisi semua anggota di sebalik tabir yang sebenarnya feminin dan lucu.

BLACKPINK disertai oleh 4 orang ahli iaitu Jisoo,Jennie, Rose dan Lisa. 

1. Jisoo@Kim Jisoo@Jichu@Chi Choo 

Merupakan penyanyi vokal utama dan merupakan visual kumpulan atau yang paling cantik dalam BLACKPINK. Jisoo dilahirkan pada 3 Januari 1995 di Seoul. 

Tinggi Jisoo ialah 1.62m@162cm. Jisoo boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Jepun dan Cina. Jisoo suka mengumpul barangan yang berkaitan dengan Pikachu dan suka mencuba pelbagai jenis makanan.  

Merupakan anggota yang paling tua dan pernah menjadi model dalam Iklan Syarikat bagasi Samsonite Red bersama pelakon popular, Lee Min Ho.

2. Jennie@Kim Jennie@Jendeukie@Kim Je Ni

Merupakan main vokal dalam posisi main rap, dan lead vokal. Lahir pada 16 Januari 1996 di Anyang iaitu di pinggir Bandar Seoul dan dibesarkan di Auckland, New Zealand dan kembali ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah. 

Tinggi Jennie ialah 1.63m@163cm. Jennie boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Korea, Jepun dan Inggeris. 

Digelar sebagai 'YG Princess@Human Gucci@Human Chanel' kerana mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen dan dalam masa yang sama mempunyai personaliti yang ceria. 

Memiliki dua ekor anjing berwarna putih bernama 'Crocker Spaniel' dan pomeranian coklat bernama 'Kuma'.

3. Park Chae Young@Rose@Pasta@Rosie

Merupakan penyanyi vokal utama dan juga penari utama. Lahir pada 11 Februari 1997 di Auckland, New Zealand. 

Tinggi  Rose ialah 1.68m@168cm merupakan ahli kumpulan yang paling tinggi. Rose cenderung menggunakan tangan kiri atau kidal.

Pernah menjadi 'Cheerleader' sebelum membuat debut dengan BLACKPINK. Mempunyai suara yang lembut dan boleh bermain piano serta guiter.  Pernah berduet dengan rakan selabelnya, G Dragon daripada kumpulan Big Bang dalam lagu 'Without You'

4. Lalisa@Lisa@Lalice@Laliz@ Pranpriya Manoban

Merupakan penari utama, maknae dan Rapper utama dan merupakan ahli kumpulan yang paling muda. Lahir pada 27 March 1997 di Bangkok, Thailand dan kemudian berpindah ke Korea Selatan. 

Tinggi Lisa ialah 1.67m@167cm dan fasih berbahasa Korea, Inggeris, Jepun , Thailand dan Cina. 

Lisa pernah membuat penampilan dalam 'Ringa Linga' iaitu muzik video rakan selabelny, Taeyang daripada kumpulan Big Bang. Maknae ini juga merupakan kawan ahli kumpulan GOT7, Bambam kerana pernah menganggotai kru tarian yang sama iaitu "We Zaa Cool'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'