Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

 


Fly Geyser merupakan satu fenomena alam semulajadi dimana air panas dan wap keluar dari perut bumi.

Kejadian alam ini terjadi apabila batuan panas kerana pengaruh magma panas yang terdapat dalam perut bumi berada di laluan air bawah tanah. Air yang melalui batuan panas ini akan mendidih dan memancut keluar melaui celah-celah yang terbuka di permukaan bumi. Keadaan ini turut menghasilkan wap panas seperti kepulan asap. Proses ini dikenali proses perolakan.

Fly Geyser yang didapati di ladang Fly, Gerlach, Nevada, Amerika Syarikat merupakan Geyser yang cukup terkenal di Benua Amerika. Pemilik ladang tersebut bernama Todd Jacksick. 

Terdapat tiga busut yang bentuknya yang menyerupai patung Buddha menyebabkan para pengunjung menggelarnya Three Buddhas. Selain itu, warnanya juga sangat unik iaitu merah, kuning, dan hijau. Menurut Professor Wan Fuad warna hijau adalah akibat kewujudan lumut dan warna merah dan kuning kerana kandungan mineral dalam air.

Ketinggian busut Fly Geyser sekarang ini adalah 10 hingga 12 kaki dan terdapat sekitar 30 hingga 40 kolam-kolam kecil. Menurut Professor Wan Fuad, dalam tempoh 50 tahun lagi, bentuk dan keadaan Fly Geyser akan berubah disebabkan kesan mineral air yang cukup tinggi.

Melalui video yang ditunjukkan seperti diatas jeles memperlihatkan keindahan yang sangat menakjubkan yang terhasil dari fenomena alam semulajadi tersebut.

Namun sekarang, pemilik ladang tersebut menutup segala akses masuk ke ladang ini kerana Fly Geyser merupakan harta peribadinya. Walaupun berbagai pihak cuba membida hartanah tersebut tapi pemilik ladang tersebut menolaknya kerana tidak mahu Fly Geyser dijadikan hak komersil pelancongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki