Pinjaman Kerajaan membuat rumah di tanah sendiri
Rekabentuk RMR |
Untuk makluman anda program Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat menawarkan bantuan rumah untuk buat rumah sendiri di tanah sendiri dan cara permohonannya juga cukup mudah.
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Keutaman diberikan kepada anda warganegara Malaysia yang tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah sendiri tetapi sudah usang dan buruk. Segala kelulusan juga bergantung dan tertakluk kepada peruntukan kewangan kerajaan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPTP).
Pembinaan rumah ini sehingga siap tidak melebihi 18 bulan atau setahun setengah daripada tarikh anda hantar borang permohonan.
Syarat kelayakan:
- Anda mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
- Umur anda sebagai pemohon mestilah berumur 18 tahun sehingga 65 tahun.
- Terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 hingga RM3000 sebulan.
- Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang dan buruk.
- Pemohon mesti mempunyai tanah sendiri dimana tanah tersebut mesti bebas daripada sebarang sekatan dan gadaian.
- Ataupun tanah yang mahu didirikan untuk projek perumahan ini adalah milik orang lain tetapi pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah dan persetujuan serta mendapat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah jika pemohon bukan tuan punya tanah.
- Pastikan tanah yang ingin didirikan rumah berkeluasan tidak kurang 3,600kps tertakluk kepala kelulusan pihak spnb.
- Anda dikehendaki untuk menyediakan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan kad Pengenalan tuan tanah jika anda menggunakan tanah miliknya selaku pemilik tanah
- Salinan pemohon kedua jika perlu
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah
- Akaun sumpah surat pengesahan tidak memiliki rumah
- Salinan sijil nikah pemohon
- surat akaun daripada tuan tanah
- Surat Pengesahan pendapatan pemohon atau salinan terbaru slip gaji terkini 3 bulan yang telah disahkan
- Borang laporan tapak bergambar.
- Layari laman web portal rasmi spnd https:///spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/
- Isi borang pendaftaran dan permohonan online rumah spnb dan lengkapkan borang online tersebut.
- Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan
- Pastikan, anda mengisi dan melengkapkan borang permohonan dengan info terkini dan terbaru.
- Jangan lupa cetak borang yang sudah siap diisi dan lengkap.
- Hantar borang tersebut berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan ke pejabat cawangan spnb yang berdekatan dengan anda.
- Mereka akan menilai permohonan anda: Jika LAYAK anda dimajukan untuk penilaian pinjaman atau jikakalau TIDAK LAYAK anda akan dimaklumkan.
- SPNB akan membuat pemilaian untuk pinjaman rumah anda: Jikalau LAYAK anda akan meneruskan untuk proses perjanjian pembiayaan dan pembinaan dimulakan manakala, jikalau TIDAK LAYAK juga akan diberitahu.
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Perlu menyediakan penyambungan utiliti setelah rumah siap dibina
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan. Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.
Ulasan
Catat Ulasan