Merungkai misteri setiap persoalan 17 'City of Unity'

Merungkai misteri setiap persoalan 17 'City of Unity' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Bandaraya Kuching diiktirafkan oleh dunia sebagai satu-satunya bandaraya dengan gelaran "City of Unity". Namun pasti menjadi persoalan kenapa Bandaraya Kuching boleh mendapat gelaran sebesar itu malah satu-satu Bandaraya yang diiktirafkan oleh dunia dengan gelaran tersebut. Jom semak sejauh manakah kebenaran tersebut.

Seperti yang sedia maklum, Bahagian Kuching ialah salah satu bahagian pentadbiran yang terletak di Sarawak, Timur Malaysia, di kepulauan Borneo. Sebelumnya digelar "Bahagian Pertama", ia merupakan pusat dan permulaan Sarawak moden. Jumlah luas Bahagian Kuching ialah 4,559.6 kilometer persegi.

Bahagian Kuching mengandungi tiga daerah pemerintah: Kuching, Bau, Lundu serta dua daerah kecil: Padawan dan sematan. Jumlah penduduk bahagian ini ialah seramai 781,600 mengikut bancian 2017.

Pada 1 Ogos 2015 Bandaraya Kuching diikktirafkan sebagai "City Of Unity". Ketua Menteri Sarawak Ketika itu iaitu mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggambarkan gelaran tersebut merupakan salah satu anugerah yang sungguh bersejarah dan berharga apatah lagi melihat pembangunan pesat yang berlaku di Bandaraya Kuching. Sebagai anak Sarawak semestinya kita merasa bangga dengan pengiktirafan tersebut.

Badaraya Kuching layak mendapat gelaran tersebut memandangkan walaupun Sarawak terdiri daripada kira-kira 20 etnik yang berbeza dengan tiga agama yang utama tapi dapat hidup dengan aman, harmoni dan saling bertolak ansur. Malah saling bekerja sama dalam membangunkan Sarawak.

Entik yang terdapat di Sarawak adalah Iban, Bidayuh, Melayu, Cina, Melanau, Kayan, Orang Ulu (Penan), Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Kedayan, Bisaya dan banyak lagi. Bukan sahaja etnik berbeza malah bahasa, budaya dan agama yang dianuti juga berbeza. Sarawak mempraktikkan agama Islam, Kristian, Agama Tradisional Tionhoa(percampuran Buddha, Tao, Konghucu dan penghormatan leluhur) dan Animisme (pagan). Mejoriti penduduk Sarawak menganuti agama Kristian.

Walaupun Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan, namun Bahasa English digunakan secara meluas diseluruh Sarawak. Terdapat juga Bahasa Sarawak yang hampir menyamai Bahasa Malaysia. Seiring dengan arus pemodenan, banyak entik lain menghantar anak mereka untuk menghadiri Sekolah Cina untuk belajar bahasa Cina.

Pada tahun 2011, Kuching juga memenangi 'Anugerah Bandar Pelancong' yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Forum Pembangunan Saintifik Bandar Dunia kedua di Chengdu, China.

Kuching dan pemenang bersama Xining di Qinghai, China adalah dua bandar pertama di Asia yang memenangi anugerah yang sangat dihormati.

Kuching juga merupakan satu-satunya bandar Malaysia yang diiktiraf status Bandar Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2011.

Jangan lupa untuk membaca:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'