Merungkai misteri setiap persoalan 14 'Pokok emas'

Merungkai misteri setiap persoalan 14 'Pokok emas' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 

Pokok emas

Pokok emas atau nama sainstifiknya Pokok Eucalyptus bukan sahaja sekadar nama pokok emas namun hakikatnya pokok ini sebenarnya mengandungi emas tulen. Pasti anda tertanya-tanya kenapa keadaan ini berlaku.

Pokok ini ditemui oleh para penyelidik di bahagian kejuruteraan Sains dan Sumber Bumi CSIRO di kensington, Australia dimana para penyelidik telah berjaya mengesan emas pada pokok tersebut. Melalui analisa sinar-X yang dilakukan, sel pokok ini mengandungi pertikal emas berukuran lapan mikron iaitu lebih kurang 10 kali ganda lebih nipis daripada ukuran rambut manusia. Dimana, bahagian yang mengandungi emas kadar paling tinggi adalah di bahagian daun.

Pokok ini biasanya terdapat di Wilayah Australia Barat dan Selatan dimana lokasi emas terbesar ditemui. Pokok ini mempunyai batang yang keras dengan ketinggian dalam 10m dan akarnya menjalar sehingga 35m ke dalam tanah bagi mendapatkan sumber air sekaligus menyerap emas di dalam tanah semasa proses mendapatkan sumber air. Sehingga pokok ini dapat menghasilkan emas.

Namun kadar emas pada pokok ini begitu kecil. Kira-kira 500 pokok diperlukan bagi mendapatkan sebentuk cincin. Tetapi pokok ini dapat dijadikan petunjuk kepada para pelombong bagi mengesan kewujudan kawasan simpanan emas di sekitar lokasi. Dengan menggunakan kepakaran dan kebijaksaan para penyelidik kaedah ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dalam mencari sumber emas malah juga dapat menghadkan kerosakan alam sekitar dalam proses penggalian emas. 

Harus diketahui juga, walaupun pokok ini mampu menyerap emas dari perut bumi  dan membawanya ke permukaan melalui daun-daunnya para penyelidikan tidak menyarankan kaedah ini dilakukan untuk perlombongan emas kerana penerapan, kualiti data, dan penilaian hasil masih belum berada di tahap maksima.

Jangan lupa untuk membaca:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki